ARTIKEL

Awasi tontonan anak anda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KETIKA kita tertekan dengan kehidupan semakin mencabar sekarang, sudah pasti kita merindui zaman kanak-kanak yang penuh dengan keseronokan.

Pada usia enam hingga 12 tahun, kita tidak pernah memikirkan sebarang masalah.

Yang ada dalam fikiran kita hanya mahu berseronok bersama-sama rakan seusia atau adik-beradik.

Kita tidak perlu memikirkan mengenai kepayahan hidup, kesukaran mencari wang atau kenaikan harga barang.

Ibu bapa tidak akan menunjukkan kesukaran hidup di hadapan anak-anak walaupun mereka sebenarnya tidak cukup duit untuk menampung perbelanjaan keluarga di rumah.

Jika diimbau kehidupan pada tahun 80-an dan 90-an, kanakkanak akan mencari pelbagai cara untuk mengisi masa lapang mereka.

Ada yang duduk menonton televisyen, keluar bermain bersama-sama rakan atau bermain permainan tradisional.

Kebanyakan aktiviti kanakkanak ketika itu memerlukan pergerakan dan tiada istilah bosan walaupun mengulangi perkara sama setiap hari.

Kanak-kanak zaman sekarang berbeza.

Mereka lebih maju dalam pelbagai aspek. Kebanyakan mereka pandai menggunakan gajet atau telefon pintar.

Ada antara mereka lebih handal menggunakan aplikasi telefon dan melayari Internet berbanding ibu bapa.

Maka tidak hairanlah jika mereka lebih arif mengenai dunia digital berbanding orang dewasa. Kita boleh tanya kepada kanakkanak, apakah Youtube?

Sudah pasti mereka tahu mengenai aplikasi menonton video ini.

Kebiasaannya kanak-kanak gemar menonton animasi dan kartun menerusi Youtube, namun ibu bapa perlu tahu tidak semua video atau kandungan sesuai untuk mereka.

Ada kanak-kanak gemar memuat naik video mereka sendiri tanpa menyedari bahaya yang akan timbul.

Sekiranya anda tidak pernah memantau apa-apa yang anak anda lakukan di Youtube, sudah tiba masanya anda melakukan tindakan segera.

Kalau boleh log masuk Youtube menggunakan satu sahaja akaun Google dan dikongsi bersama gajet anak anda.

Dari sini, anda boleh memantau apa-apa yang mereka tonton, video yang dimuat naik dan sebarang maklumat peribadi yang dikongsi. Anda boleh menekan History di sebelah kiri paparan untuk melihat apa-apa yang ditonton.

Bahagian Subscription pula memberitahu apa-apa yang diminati dan saluran yang dilanggan oleh anak anda.

Selain itu, anda perlu membuka browser dan pastikan anda log masuk terlebih dahulu.

Skrol hingga ke bahagian paling bawah laman dan klik Restricted Mode, pilih On dan klik Save untuk menyimpan tetapan.

Untuk memastikan anak anda tidak mengubah tetapan ini, klik pada Lock Restricted Mode On This Browser dan anda perlu memasukkan Password akaun Google sekali lagi untuk mengaktifkan mod ini.

Walaupun anda telah menetapkan Restricted Mode, namun masih ada video tidak menggunakan tetapan umur sebelum dimuat naik.

Video seperti ini masih boleh diakses oleh anak anda.

Jadi, cara paling selamat menggunakan Youtube adalah dengan mewujudkan Playlist sendiri bagi tontonan anak anda.

Youtube pada dasarnya ialah satu sumber sangat bagus digunakan untuk pendidikan dan hiburan anak-anak.

Namun pemantauan dan pengawasan rapi harus dilakukan oleh ibu bapa agar anak-anak tidak tersilap langkah sehingga mereka hanyut dalam dunia Youtube tanpa batasan.

Youtube merupakan sebuah syarikat gergasi.

Video yang dimuat naik di Youtube dalam masa 60 hari adalah lebih banyak daripada tiga stesen televisyen utama Amerika Syarikat dalam tempoh 60 tahun.

Secara purata, pengguna meluangkan masa antara 15 hingga 25 minit sehari untuk menonton video di Youtube.

Youtube diasaskan oleh Chad Hurley, Steven Chen dan Jawed Karim pada tahun 2005.

Ketigatiga mereka mengenali antara satu sama lain ketika bekerja di sebuah syarikat permulaan Internet ketika itu iaitu PayPal.

Ketika masih bekerja di PayPal, Steven dan Chad menghadapi masalah untuk berkongsi sebuah rakaman video parti makan malam.

Jawed pula gagal menemui video Janet Jackson dan Justin Timberlake ketika Superbowl 2004.

Daripada pemasalahan ini, timbul idea untuk menghasilkan sebuah laman sesawang sebagai platform perkongsian video.

Namun konsep dan arah tuju laman tersebut lebih kepada Dating.

Laman sesawang dikenali sebagai Tune In Hook Up itu akhirnya berubah hala tuju menjadi sebuah laman perkongsian video umum dikenali sebagai Youtube.

Video pertama dimuat naik di Youtube bukanlah video klasik tetapi rakaman dilakukan oleh Yakov Lapitsky di San Diego Zoo memaparkan pengasas bersama Youtube iaitu Jawed di depan kandang gajah dan berbicara.

Setakat ini video pertama tersebut ditonton sebanyak 44,375,925 kali sejak ia dimuat naik pada 23 April 2005.

Memang tidak dinafikan Youtube menyimpan pelbagai video menarik dan terkini.

Namun terdapat kandungan yang tidak sesuai ditonton dan boleh menyebabkan kecelaruan dalam masyarakat.

Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa, kita perlu sentiasa berwaspada dengan setiap video yang ditonton di Youtube.

Memang seronok menonton video terutama ketika bosan, namun kita perlu menyedari kesan setiap video terutama yang boleh menggugat kehormanian masyarakat atau mempunyai unsur menghasut.

Kita diberi akal fikiran yang waras dan sudah pasti mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. 

LAIN-LAIN BERITA

Bahasa itu senjata, kata adalah peluru

LEGENDA perang dunia, Napoleon Bonarparte yang juga Maharaja Perancis dan Raja Itali sentiasa berpegang kepada kata-kata keramatnya; “Mata pena lebih tajam daripada 1,000 mata pedang.”

Tidak ada duit ketika jadi ahli parlimen

MENJADI ahli parlimen pada usia 26 tahun, adalah sesuatu yang mengejutkan bagi dirinya. Sejak di universiti memang beliau memasang impian untuk memasuki politik, namun beliau

Cara indah hargai orang

KETIKA lepak santai-santai sambil minum teh panas di sebuah kedai makan, perbualan kami lepasan sekolah menengah di Kuching rancak tentang kejadian banjir kilat melanda Kuching,

Sarawak dahului inisiatif tenaga hijau

DALAM usaha untuk mengejar kelestarian alam dan kemajuan ekonomi, inisiatif tenaga hijau telah menjadi fokus utama bagi banyak negara. Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk

Impak medsos dalam Pilpres 2024

PASANGAN Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka terus unggul dalam kiraan sebenar (real count) bagi keputusan Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU). Menurut media

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan