ARTIKEL

Awla berbahas dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sidang DUN Sarawak Ke-19, hari ini.

Awla berharap sekolah daif di Simunjan dapat dibaik pulih menerusi peruntukan Kerajaan Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekolah di DUN Simunjan diharap mendapat tempias peruntukan Kerajaan Persekutuan untuk membina dan membaik pulih bangunan sekolah di kawasan tersebut.

Adun Simunjan Awla Dris berkata, antara sekolah yang memerlukan bangunan baru ialah bangunan sekolah SK Sungai Buluh, Sadong Jaya.

“Keadaan bangunan sekolah sedia ada tidak selamat digunakan lagi.

“Saya berharap pihak Kerajaan Negeri memandang serius masalah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbahasan usul penghargaan atas ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Sidang DUN Sarawak Ke-19 pada Jumaat.

Awla dalam pada itu berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana menyediakan kemudahan pendidikan berkualiti untuk anak Sarawak.

Katanya, hubungan yang baik antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Sarawak meyakinkan Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri bagi membina dan menaik taraf bangunan sekolah-sekolah di negeri ini.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier Sarawak yang meluluskan peruntukan berjumlah RM40 juta untuk pembinaan baharu bangunan sekolah SK Sageng, Simunjan,” ujarnya.

BERITA LAIN

Proton terima anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024

KUALA LUMPUR: PROTON telah menerima anugerah kecemerlangan industri yang paling berprestij melalui Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 sebagai pengiktirafan atas komitmen syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC