ARTIKEL

Ayah maafkan guru kurung anak dalam “sangkar” besi 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Isu guru, 43, kurung murid darjah satu pada pagi Selasa lalu kerana masalah disiplin, mendapat perhatian Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek. 

Fadhlina memberitahu media dalam talian, kes berlaku di sekolah di Negeri Sembilan itu diperiksa. 

Semalam, polis menyiasat berhubung kes tular tersebut dan mendapati ruangan besi “kurungan” tersebut merupakan ruang pameran Persatuan Pencegahan Dadah Sekolah. 

Polis memberitahu dalam hasil perjumpaan tersebut, bapa mangsa menerima penjelasan guru berkenaan dengan baik dan memaafkannya. 

Kes diselesaikan antara pihak berkenaan dan difahamkan setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian tersebut. 

Orang ramai diminta tidak menyebarkan berita tidak sahih sehingga boleh menggugat ketenteraman awam. 

Sebelum ini, pengguna Twitter Azuan Abd Ghafar memuat naik tangkap layar perbualan kumpulan WhatsApp antara seorang ayah dengan guru di sekolah terbabit berkaitan isu tular itu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU