Trending

Ayam goreng RM1 diserbu

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Ayam goreng berharga RM1 menjadi tarikan pelanggan di sekitar kawasan Bandar Baru Samariang sepanjang Ramadan.

Peniaga, Muhammad Qawiem Haikal Azizul Azizi, 24, berkata, jualannya mendapat sambutan menggalakkan.

Muhammad Qawiem Haikal Azizul Azizi

Qawiem yang berasal dari Perlis memberitahu, sekitar 30 ekor ayam digunakan untuk jualan setiap hari.

“Kita akan potong bahagian ayam mengikut kesesuaian supaya berbaloi dengan harga jualan iaitu RM1.

“Setakat ini, saya mendapat respons positif daripada orang ramai, tidak kira pelanggan tetap atau baharu,” katanya yang ditemu bual Suara Sarawak.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah meletakkan jangkaan tinggi terhadap jualan, namun, bersyukur kerana pulangan yang diperoleh memberangsangkan.

“Pada mulanya, saya menjual ayam RM1 kerana ingin mencuba.

“Jadi, saya mula berniaga sekitar 2019 dan mendapat sambutan sangat baik dalam kalangan masyarakat.

“Apabila dikurniakan rezeki sedemikian, saya memberi tumpuan terhadap jualan ini hingga sekarang termasuk ketika hari biasa,” katanya.

Qawiem menambah, dia merancang untuk membuka cawangan lain pada masa akan datang.

Buat masa ini, dia masih berniaga di gerai sedia ada berhampiran Mydin Bandar Baru Samariang.

Selain menjual ayam goreng RM1, gerai tersebut turut menjual ayam goreng keju pada harga RM12 sebungkus.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 November 2023

Berita Terbaru