CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Ayam pansuh hidangan wajib Gawai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Ayam pansuh sinonim di Sarawak sebagai hidangan wajib pada sambutan Gawai.

Penyediaan ayam pansuh sedikit rumit, namun rasanya yang unik menjadikan hidangan ini diangkat sebagai makanan turun-temurun dan tidak lenyap ditelan zaman. 

Pembuatan makanan ini dimulakan dengan membersih dan merendam buluh yang sesuai untuk digunakan serta sediakan bara api. 

Ayam yang siap dipotong pula digaul dengan ramuan seperti bawang putih, bawang merah, bunga kantan, serai, pucuk ubi dan lengkuas lalu diperap satu atau dua jam sebelum dimasukkan ke dalam buluh untuk dibakar. 

Ayam tersebut dibakar sehingga mengeluarkan aroma harum dan asap didihan dari penutup buluh menandakan ayam masak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru