ARTIKEL

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil. | Foto: Fail BERNAMA

Ayat “jika PH ditakdirkan menang” bayangkan moral dan semangat PN runtuh – Fahmi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HULU SELANGOR: Ayat “jika ditakdirkan Pakatan Harapan (PH) menang” seolah-olah membayangkan moral dan semangat Perikatan Nasional (PN) telah runtuh, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), Sabtu ini.

“Ada perkara yang agak menarik, saya membaca laporan media daripada Setiausaha Agung PAS (Datuk Seri Takiyuddin Hassan) dan kenyataan beliau ‘jika ditakdirkan Pakatan Harapan menang’.

“Jadi ayat itu telah membayangkan bahawa moral, semangat di pihak Perikatan Nasional telah runtuh dan seolah-olah mereka telah hampir sedia mengaku kalah,” katanya menerusi aplikasi TikTok hari ini.

Semalam media melaporkan Takiyuddin mendakwa bahawa kerajaan menyalahgunakan aset untuk berkempen pada PRK KKB dan PN akan memfailkan petisyen di Mahkamah Pilihan Raya sekiranya PH menang pada PRK tersebut.

PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Pang Sock Tao (PH), Khairul Azhari Saut (PN), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lepas. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU