ARTIKEL

Ayuh orang Sarikei!

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Orang ramai dipelawa menyahut Cabaran Basikal Lasak Sebangkoi 2019 anjuran Majlis Daerah Sarikei (MDS) yang berlangsung pada 17 hingga 18 Ogos ini.

Pengerusi Majlis Daerah Sarikei, Wong Zee Yeng berkata, aktiviti bertujuan memberi pendedahan baharu kepada peminat basikal di samping menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan dalam acara berkenaan.

Selain itu katanya, ia juga bermatlamat menggalak penyertaan masyarakat dalam aktiviti yang lebih sihat melalui sukan.

“Melalui acara ini, kita mahu meningkatkan semangat perpaduan dan muhibbah dalam kalangan peserta.Orang ramai boleh mendapatkan borang penyertaan di kedai basikal Sing Kwong Hock Lee Jalan Repok, Sarikei atau mendaftar melalui online,” katanya.

Acara yang dianjurkan bersama Persatuan Berbasikal Sarawak (SCA), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH), Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak (MTACYS) dan pelbagai agensi lain.

Lima kategori akan dipertandingkan ialah Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Lelaki Veteran, Terbuka Junior dan Tertutup Sarikei.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi Jimmy Ting (019 849 3939), Morshien (0111 070 1222), Michelle (019 585 2815), Anna (014 894 2418) dan Ahmad Jumry (019 888 1414).

Program ini dijangka dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.45 Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

BERITA LAIN

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

BERITA TERBARU

Kembar berbakat besar mahu harumkan nama Sarawak

KUCHING: Kembar berbakat besar kebanggaan Sarawak, Aleysha Shareef dan Ryan Zachary Shareef, 11 tahun, berlepas ke Kuala Lumpur, dan seterusnya ke Long Beach, California, Amerika

Teknik eratkan hubungan keluarga

SIKAP SEDERHANA keluarga adalah suatu cara hidup yang mendasarkan diri pada prinsip kesederhanaan, kecukupan dan keutamaan dalam setiap aspek. Pendekatan ini dapat mengeratkan hubungan ahli