Azab tangan tertusuk besi

SARIKEI: Seorang lelaki terpaksa menahan azab lebih sejam selepas tangan kirinya tertusuk besi di Pakan, hari ini.

Ketua Balai dan Penyelamat Sarikei, Mahmudin Narudin berkata, mangsa berusia 54 tahun itu dipercayai ingin menjalankan aktiviti memanah ikan namun tergelincir sebelum tangannya terkena besi berkenaan.

Bomba katanya, menerima panggilan pada 2.23 petang dari Unit Kecemasan Hospital Sarikei yang memohon khidmat untuk mengeluarkan besi tersebut.

“Kami bertindak memotong besi tersebut dengan pemotong besi. Kami terpaksa berhati -hati bagi mengelak kecederaan lebih teruk pada tangan mangsa.

Ia akhirnya berjaya dan besi itu berjaya dikeluarkan dari tangan mangsa dalam tempoh 30 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sejurus itu katanya, mangsa diserahkan semula kepada pihak hospital untuk rawatan susulan.

Suara Sarawak