Trending

Azam baharu tanpa rokok

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SETIAP tahun, menjelang tahun baharu, ramai yang berazam baharu, tetapi tidak ramai yang menjayakan azam tersebut, lebih-lebih lagi azam yang amat mencabar.

Misalnya azam untuk berhenti merokok.

Ada yang kecundang, ketika bulan Januari baru menuju ke pertengahan dan ramai yang tewas selepas tempoh itu.

Salah seorang rakan saya yang merupakan perokok tegar, pernah beberapa kali berazam untuk berhenti merokok, namun sehingga kini belum berjaya.

Beliau cuma mampu mengurangkan jumlah batang rokok.

Kalau dahulu, boleh habis 15 hingga 18 batang rokok sehari, tetapi kini kurang daripada 10 batang sehari.

Menurutnya, amat sukar untuk berhenti merokok, kerana cabarannya amat tinggi.

Ia memerlukan tahap disiplin dan kesabaran yang amat tinggi.

“Dahulu saya pernah berhenti selama dua bulan, tetapi kembali merokok selepas itu.

Walaupun masih belum mampu berhenti sepenuhnya, namun saya kini boleh mengurangkan jumlah rokok sehari, misalnya lima hingga lapan batang sehari,” katanya.

Yang pasti, lebih lapan juta manusia maut setiap tahun di seluruh dunia akibat rokok.

Daripada jumlah tersebut, tujuh juta berpunca daripada penggunaan tembakau secara langsung, yakni merokok.

Manakala 1.2 juta lagi membabitkan bukan perokok, tetapi berpunca daripada terdedah kepada asap rokok.

Bahaya rokok merupakan masalah global, yang sentiasa mendapat perhatian serius kebanyakan pihak, kerana ia membabitkan nyawa yang bukan sedikit.

Oleh itu, pada 31 Mei setiap tahun dipilih sebagai Sambutan Hari Tanpa Tembakau di seluruh dunia Pada 2020 Malaysia memilih tema Generasi Muda Mesti Dilindungi.

Tema tersebut amat sesuai dalam usaha kita untuk melahirkan generasi masa depan yang benci rokok.

Memang mustahil untuk mewujudkan masyarakat tanpa rokok sepenuhnya, tetapi usaha berterusan perlu dilakukan, melalui pelbagai kempen, mahupun pendidikan di dalam bilik darjah, sekurang-kurangnya kita mampu mengurangkan jumlah perokok pada masa akan datang.

Oleh itu, kempen jangka pendek dan jangka panjang amat penting.

Bagi perokok tegar, amat sukar untuk mereka berhenti, tetapi mereka perlu diberi kesedaran, agar anak-anak mereka atau keluarga mereka tidak mengikut jejak langkah mereka.

Setidak-tidaknya mereka boleh menjadi penasihat kepada generasi baharu.

Anehnya, larangan merokok di premis makanan kelihatan kembali diabaikan sekarang ini.

Mereka mengambil kesempatan ketika negara lebih fokus kepada pandemik Covid-19.

Ramai pelanggan yang tidak merokok mula merungut, adakah larangan tersebut tidak dikuatkuasakan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?

Hakikatnya, peraturan tersebut kekal, tetapi sikap tidak bertanggungjawab perokok itu sendiri yang menimbulkan masalah. Pihak berkuasa hendaklah mengambil serius masalah tersebut, dengan me-lakukan pemantaun rapi dari semasa ke semasa.

Rokok mendedahkan individu kepada pelbagai penyakit dan melemahkan sistem imuniti manusia.

Ia merosakkan fungsi paruparu. Oleh itu, sukar bagi perokok untuk melawan penyakit seperti Covid-19 dan penyakit lain.

Malah, mereka yang tidak merokok juga sentiasa terdedah kepada ancaman daripada asap rokok jika berada berdekatan dengan perokok, terutama membabitkan keluarga dan rakan karib. Yang pasti, merokok bukan sahaja membakar wang, tetapi juga membakar nyawa sendiri dan lebih teruk, turut membakar nyawa orang lain.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Misi capai sifar karbon

SARAWAK mengutamakan pembangunan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti tenaga solar,

Buli haiwan sangat kejam

SEBELUM ini, ada cadangan penubuhan agensi Polis Haiwan bagi menangani kes berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru