ARTIKEL

Azan Maghrib pertama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Di dada langit rona jingga mula hilang, ditelan perlahan oleh gumpalan awan tebal seperti ingin melepaskan hujan. 

Kebanyakan penduduk Jalan Bawal, Shah Alam sudah pulang ke rumah masing-masing mengelak terperangkap dalam kesesakan jalan raya. 

Tambahan sekarang musim hujan petang. Kadang-kadang sampai larut malam.

Bersama-sama Alias dan Zaizam, ada dua anak muda yang baru sahaja menamatkan pengajian seni tari dari Universiti Seni Negara.

Mereka menyewa rumah kos rendah dua bilik semenjak lapan bulan lalu.

“Allahuakbar, Allahuakbar!” laungan azan berkumandang dari aplikasi telefon pintar Alias yang terbaring di tangga kayu menuju tingkat atas, menandakan masuk waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa. 

Zaizam bingkas dari baringan di ruang tamu yang tidak berperabot. Luas, lapang dan kosong.

Hanya tikar mengkuang sebagai penebat dari sejuk simen. 

Dinding pula sebagai kerusi sandar untuk Zaizam melabuhkan tubuh yang letih usai pulang kerja sambil mengecas telefon bimbit yang kehabisan bateri.

“Bro, cepat berbuka,” kata Zaizam pada Alias yang masih di bilik.

Baca lain  UNTUNG

“Zaizam, okey tak baju ni?”

Alias melangkah keluar dan menuruni tangga, memakai baju-T “I love Sarawak” yang baru dibeli di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam, setelah dua minggu dihantar bekerja di Pejabat

Kebudayaan Wilayah Borneo di Wisma Perkasa, Kuching. 

“Cantik… Dah, nah kurma, berbuka dulu,” jawab Zaizam sambil menghulurkan sebiji kurma kepada Alias. 

Di tikar mengkuang terhidang dua bungkus roti John dan nasi beriani yang dibeli Zaizam ketika singgah di bazar Ramadan.

“Tok, tok, tok!” Bunyi ketukan datang dari pintu kayu yang hanya berjarak lima langkah dari tikar mengkuang. 

Terdengar sayup suara memberi salam dalam rintik-rintik hujan yang menghentam atap. 

“Zam… siapa tu?” soal Alias dengan dahi berkerutdan mulut dipenuhi roti John. 

Sos dan mayonis menempel di sekitar bibirnya. 

“Entah, kaubuka la pintu tu, Mazni kot.”

Alias bangun meninggalkan Zaizam, namun sempat menyambar sepotong Roti John lalu berjalan ke arah pintu dan membukanya, dengan harapan Mazni gadis cantik yang berjiran sebelah kiri mengetuk pintu sebentar tadi. 

Baca lain  Dhuyufurrahman

Alias memang menaruh hati pada Mazni. Cuma Mazni masih berteka-teki soal jodoh dan hanya menganggap Alias seperti kawan.

“Oh, Abang Fauzi,” Alias menyapa sambil melemparkan senyuman. 

“Ni ada bihun goreng untuk berbuka,” maklum Abang Fauzi, bilal surau perumahan Jalan Bawal sambil menyerahkan bungkusan kepada Alias.

“Abang Fauzi minta diri dulu, nak azan Maghrib kat surau. Lagi lima minit nak masuk waktu,” sambung Abang Fauzi sambil beredar meninggalkan Alias kehairanan. 

Dia memusingkan kepalanya menghadap Zaizam yang sedang meneguk Kopi O Ais dengan penuh selera. 

“Zam, kaudengar azan mana tadi?”

BERITA LAIN

Selamat tinggal, perempuan berambut putih

CLAYTON ROBERT bertugas Sebagai Pembantu Penguat Kuasa di Majlis Daerah Serian di Serian, Sarawak. Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah termasuk Mingguan Malaysia,

Matinya presiden kami!

Seluruh jelata Asmaraloka dikejutkan dengan khabar liar yang berhembus sejak semalam itu. Semacam tidak percaya, rasanya baru seminggu lepas presiden mereka itu mendapat tepukan dan

Nukilan Effa Raifana

EFFA RAIFANA. Nama sebenar beliau ialah Nur Raifana Abdullah @ Deborra Michael. Kelahiran daerah Dalat, Sarawak. Berkhidmat di Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak. Bergiat aktif

Kilau Ramadan

Saat siang datang mewarnai kelaparan Betapa kemiskinan kian tumbuh di ladang Kilau ramadan menyamar lentik kehampaan Haus dan lapar mendayung saling menghayati setelah siang menuntut

Sanggar Puisi

HARUMAN RAMADAN Hirupan mewangi akrab bersama alunan suci Rempah taqwa membalut diri Ujian menahan nafsu Sepurnama Ramadan hadir Maghfirah diburu insani Mawaddah iqra itulah penyeri

Oyeng dan lelaki berwajah Bonoba

AWANG JOHARI JULAIHI menggunakan nama pena: Johari A. Julaihi, berasal dari Simunjan dan menetap di Kota Samarahan, Sarawak. Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,