ARTIKEL

Kredit: Laman Web President Azerbaijan | BERNAMA

Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAKU (Azerbaijan): Azerbajian, tuan rumah Sidang Kemuncak Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP29) pada tahun ini, menasihatkan wakil dari 110 negara supaya mengelak menuding jari kepada siapa pencemar utama, sebaliknya memberi tumpuan kepada tindakan iklim kolaboratif.

Malaysia adalah ahli Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim PBB (UNFCCC) dan mengambil bahagian dalam Persidangan Para Pihak (COP) yang diadakan setiap tahun.

Bercakap pada majlis perasmian Forum Dunia ke-6 mengenai Dialog Antara Budaya, Presiden Iham Aliyev menegaskan bahawa sekiranya tidak berbuat demikian akan membawa kepada bencana, dengan berkata: “Kita bukan sahaja memerlukan pembiayaan…kita perlukan perpaduan dan kepercayaan bersama,” katanya. 

Merujuk kepada kontroversi yang menyelubungi peranan UAE sebagai tuan rumah persidangan perubahan iklim COP28 – dengan pengkritik mempersoalkan kredibiliti dan komitmen ahli OPEC terhadap tindakan iklim yang bermakna – Aliyev menambah tidak sepatutnya ada diskriminasi terhadap negara pengeluar minyak.

“Bukan salah kami mempunyai minyak dan gas.

Sesetengah yang lain mempunyai sumber semula jadi lain dan sudah tentu setiap negara mempunyai hak untuk menggunakan sumber semula jadinya untuk kepentingan negara,” katanya. 

Aliyev berkata pendapatan daripada minyak dan gas telah membolehkan Azerbaijan melabur dalam tenaga boleh diperbaharui dan membuat peralihan daripada bahan api fosil.

Beliau memberi contoh dua loji tenaga solar dan angin yang akan beroperasi menjelang 2027 dan lima lagi loji jana kuasa pada 2030, untuk menyediakan “100 peratus” keperluan elektrik Azerbaijan. Beliau juga berkata negaranya menyediakan keselamatan tenaga kepada lapan negara di rantau itu.

Azerbaijan telah muncul sebagai pembekal utama minyak dan gas ke Kesatuan Eropah (EU), yang terpaksa mencari sumber alternatif dari Rusia, yang disekat untuk pencerobohannya ke atas Ukraine pada 2022. EU menggandakan import minyak dan gas dari negara Caucasus Selatan.

Dalam ucapannya, Aliyev menekankan kepentingan keamanan dan keselamatan berikutan konflik Gaza dan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

“Sejak kali terakhir kita bertemu pada 2019, malangnya dunia tidak menjadi lebih selamat,” katanya.

Beliau menyeru agar setiap negara melayan negara lain dan rakyatnya dengan bermaruah dan hormat untuk memastikan keamanan dan keselamatan, mengakui kepentingan kepimpinan agama dalam mengukuhkan mesej itu. 

Menggunakan pengalaman Azerbaijan dalam menangani pertembungan etnik dan kepelbagaian budaya, beliau berkata orang ramai harus berasa selamat dan dilayan dengan bermaruah dan hormat serta memberi amaran tentang masalah sosial dan politik jika keperluan itu tidak dipenuhi.

Beliau menegaskan perjuangan Azerbaijan menentang neo-kolonialisme oleh “negara-negara Eropah” yang besar, seperti Perancis, sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Azerbaijan menganggapnya sebagai perjuangan untuk keadilan.

Menggelar neo-kolonialisme sebagai “menjijikkan”, beliau menuduh negara-negara itu hipokrit dan berkata tindakan neo-kolonialisme mesti dihentikan. 

Beliau juga mengakui bahawa perang kadang-kadang perlu untuk membawa keamanan, mengatakan Azerbaijan perlu mempertahankan integriti wilayahnya dan memerangi gerakan pemisah dalam konflik Nagorno-Karabakh.

Koflik Nagorno-Karabakh berakhir 1 Jan tahun ini dengan pembubaran pemisah Republik Artsakh.

Forum itu juga berharap dapat meneroka cara terbaik untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan termasuk perubahan iklim dan kecerdasan buatan. 

Forum Dunia ke-6 mengenai Dialog Antara Budaya dengan tema, “Dialog untuk Keamanan dan Keselamatan Global: Kerjasama dan Kepimpinan dalam Kesalinghubungan” berlangsung dari 1 Mei hingga 3 Mei di Baku, Azerbaijan dan disokong oleh PBB. 

Malaysia menghantar delegasi senator ke Forum Dunia yang diketuai oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal. — BERNAMA

BERITA LAIN

Rai roti Perancis dengan setem wangi

PARIS: Pejabat Pos Perancis pada Jumaat melancarkan setem pos guris-dan-hidu, untuk meraikan baguette (roti Perancis) yang terkenal di dunia, yang pernah digambarkan oleh Presiden Emmanuel

50 korban banjir kilat di barat Afghanistan

KABUL: Banjir kilat mengorbankan sekurang-kurangnya 50 orang di barat Afghanistan, menurut polis wilayah pada Sabtu, seminggu selepas ratusan orang dihanyutkan banjir serupa di utara negara

Rafah dibom selepas bantuan dihantar melalui jeti

RAFAH: Serangan dan pengeboman sengit pada Sabtu menggegarkan bandar Rafah di selatan Gaza kata saksi, ketika tentera Israel mengumumkan 310 palet pertama bantuan kemanusiaan memasuki

Korban banjir cecah 400 orang di Afghanistan

ISTANBUL, Turkiye: Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu yang memetik laporan Tolo News yang berpangkalan di Kabul.

BERITA TERBARU