ARTIKEL

Azizulhasni kembali gegar Velodrom Nilai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

NILAI: Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang memperagakan kayuhan cemerlang untuk mengungguli acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2023 di Velodrom Nasional semalam.

Dalam aksi penentuan pingat emas, The Pocket Rocketmanyang mewakili Terengganu mengetepikan rakan seperjuangannya Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang mewakili Johor. 

Seorang lagi pelumba Johor yang juga adik kepada Muhammad Shah Firdaus, Muhammad Ridwan pula di tempat ketiga menewaskan Muhammad Fadhil Mohd Zonis yang mewakili Selangor.

Mohd Azizulhasni, 35, ketika ditemui Bernama menyifatkan perlumbaan semalam agak mencabar namun menyeronokkan selain dapat mempamerkan aksi menarik bersama rakan-rakan seperjuangan dalam skuad berbasikal trek kebangsaan.

“Sejujurnya perlumbaan memang sengit sebab kita semua memang rakan seperlatihan dan semuanya bertaraf dunia macam Muhammad Shah Firdaus.

Namun, sebenarnya saya dapat menjangka pertarungan semasa final agak susah namun ia satu perlumbaan yang menarik.

“Kesihatan saya pun baik, namun tidak berada dalam kemuncak prestasi dan masih berusaha untuk membina semula stamina secara berperingkat,” katanya. 

Pemenang pingat perak keirin Olimpik 2020 itu tidak menyertai Kejohanan Trek Kebangsaan pada edisi lepas kerana sedang menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan jantung.

Sementara itu, pelumba muda negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bangga apabila berjaya mempertahankan pingat emas dimenanginya edisi lepas, selepas menewaskan pelumba berpengalaman Anis Amira Rosidi dari Perlis. 

Pelumba berusia 20 tahun dari Kedah yang kini membuat penampilan kali keempat dalam kejohanan berkenaan berkata kemenangan itu menjadi pembakar semangat buat dirinya yang akan menyertai Piala Berbasikal Trek Antarabangsa Hong Kong, hujung bulan ini.

“Alhamdullilah saya gembira kerana berjaya memenangi emas sekali lagi… Saya berharap akan lebih cemerlang dalam kejohanan selepas ini,” katanya. 

Pelumba Pulau Pinang Nurul Alina Syafika Azizan pula terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa. – BERNAMA

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya

BERITA TERBARU

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau