ARTIKEL

Azizulhasni prospek emas Sukan Olimpik 2020

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Kejayaan Azizulhasni Awang merangkul emas acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Korea Selatan, hari ini, memberi gambaran bahawa tidak mustahil untuk beliau merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyifatkan jaguh trek negara berusia 31 tahun itu itu sebagai seorang berjiwa kental dan mempunyai semangat juang yang tinggi.

Beliau berkata atlet kelahiran Dungun, Terengganu itu memang adalah antara prospek pingat di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas merangkul gangsa pada edisi 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.

“Azizul ini seorang yang sangat fokus, saya rasa dia mampu melakukan sesuatu di Olimpik tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persatuan Badminton Masters Malaysia (MMBA). di sini pada Selasa.

Pelumba yang terkenal dengan gelaran ‘The Pocket Rocketman’ itu menewaskan pelumba Jepun, Yuta Wakimoto 2-1 pada final Velodrom Pusat Latihan Kebangsaan Jingcheon.– BERNAMA

BERITA LAIN

Selangor FC belasah NSFC, 4-0

KUALA LUMPUR: Selangor FC menjaringkan kesemua gol pada babak kedua untuk menumpaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-0 pada aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis

BERITA TERBARU