KUCHING: Penyerang muda Sarawak United FC (SU FC), Azman Chuchu, 24 dan Nur Haefaa Abdul Wahid selamat disatukan sebagai suami isteri pada satu majlis yang diadakan disalah sebuah hotel terkemuka disini malam tadi.
Majlis dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Syukur dan gembira kerana program atau majlis persandingan kami berdua berjalan dengan lancar,” ujar Azman kepada Arena Sarawak.
Pemain kelahiran Kampung Luagan Sundar Lawas itu berharap kehadiran insan tersayang (Nur Haefaa Abdul Wahid) dalam hidupnya diharap akan mencetuskan semangat tambahan untuk dirinya terus maju dalam kerjaya sebagai seorang pemain bola sepak.
Adik kepada bekas penyerang kebangsaan (Ashri Chuchu) mula menyarung jersi skuad Sarawak sejak 2015.
Beliau pernah bermain dengan pasukan Kuala Lumpur selama dua musim (2018-2020).