ARTIKEL

Azzmi Ab Aziz | BERNAMA

Azzmi dilantik Ketua Jurulatih skuad NSFC musim ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Bekas Ketua Jurulatih Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) Azzmi Ab Aziz dilantik sebagai Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC) baharu berkuat kuasa 15 Feb lepas.

NSFC dalam kenyataan memaklumkan jurulatih berusia 49 tahun itu dipilih bagi menggantikan K.Devan yang tamat kontrak pada Disember tahun lepas.

“Dengan pengalaman luasnya dalam arena bola sepak tempatan, pelantikan ini tepat buat pasukan. Beliau terbukti seorang jurulatih yang berwibawa dan mampu membawa pasukan ke tahap  lebih tinggi,” menurut kenyataan itu.

Azzmi pernah membimbing skuad Piala Presiden Negeri Sembisalam lan FC selama tiga musim (2020 – 2022) sebelum berhijrah ke PDRM FC. 

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penolong Jurulatih bersama Kedah Darul Aman FC bagi dua musim iaitu pada 2017 dan 2018.

“Komitmen Azzmi terhadap pembangunan pemain tempatan juga menjadi faktor penting yang menjadi kelebihan beliau.

Beliau akan memberi penekanan kepada pembangunan bakat-bakat tempatan dalam skuad dan membawa mereka ke aras lebih tinggi dalam arena bola sepak tempatan,” katanya.

Baca lain  Pelbagai acara sukan tradisional di Pesta Ujud, Simunjan

Sementara itu Azzmi berkata pemilihan pemain dibuat lebih awal serta beberapa pemain PDRM FC dibawa masuk dalam pasukan.

“Beberapa pemain lama seperti Nasrullah Haniff Johan, Barathkumar Ramaloo, Muhammad Afiq Fitri Mohd Jefry dan Amirul Hakimi Rosli pernah bersama saya sebelum ini.

“Dengan sokongan semua pihak, InsyaAllah kita dapat persembahkan prestasi lebih baik dan mendapat keputusan positif.” katanya. — BERNAMA

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan