ARTIKEL

Datuk Sri Fatimah Abdullah merasmikan Peti Pelindung Bayi di Pusat Perubatan Borneo (BMC) di Kuching, hari ini.

‘Baby hatch’ sedia sistem sokongan tangani isu buang bayi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penubuhan baby hatch atau peti pelindung bayi amat penting untuk menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa sebagai sistem sokongan dalam menangani isu pembuangan bayi dan kehamilan remaja di Sarawak.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Sri Fatimah Abdullah berkata, antara contoh kejayaan adalah melalui penubuhan yang pertama di Hospital Pakar Kuching (KPJ) yang telah berjaya menyelamatkan nyawa empat orang bayi, manakala seorang lagi ditemui sudah meninggal dunia.

“Oleh itu, inisiatif Pusat Perubatan Borneo (BMC) menubuhkan peti pelindung bayi ini amatlah tepat pada masanya susulan peti yang di KPJ diberhentikan sementara waktu kerana hospital tersebut baru sahaja berpindah ke tempat baharu.

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) di BMC ini, bayi yang ditinggalkan di peti perlindungan mesti menjalankan pemeriksaan kesihatan pakar pediatrik dengan serta merta jika bayi ditemui masih hidup, sebelum diserahkan kepada Hospital Umum Kuching dan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut,” katanya pada Majlis Perasmian Baby Hatch di BMC di sini, hari ini. .

Tambahnya, stigma mengenai kehamilan luar nikah dan sokongan emosi yang lemah daripada ahli keluarga juga antara faktor menyebabkan ibu remaja membuang atau meninggalkan bayi mereka yang baru lahir kerana malu, takut dan keliru.

“Justeru, peti pelindung bayi ini adalah satu pilihan terakhir yang digunakan oleh kerajaan dan pihak hospital untuk mengurangkan kes pembuangan bayi dengan menyediakan pilihan selamat,” tegasnya.

Sementara berdasarkan statistik oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-kanak (Unit D11), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, sebanyak 52 kes pembuangan bayi atau janin direkodkan antara Januari 2016 hingga Ogos 2023 di Sarawak.

Trend buang bayi di Sarawak dalam tempoh tersebut mengalami peningkatan dan penurunan status quo antara sifar dan enam kes.

LAIN-LAIN BERITA

SAR hari kelima, bayi 18 bulan belum ditemui

KANOWIT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang bayi lelaki berusia 18 bulan yang dikhuatiri terjatuh dalam sungai Kanowit di Nanga Germai di sini, Ahad lalu

BERITA TERBARU