ARTIKEL

Baby Shima bakal berada di Sibu sambut tahun baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIBU: Artis popular tanahair Baby Shima akan memeriahkan sambutan Malam Ambang Tahun Baharu 2024 anjuran Majlis Perbandaran Sibu (MPS) pada 31 Disember ini.

Diadakan di pentas utama Dataran Tun Tuanku Bujang di sini, artis-artis lain yang memeriahkan sambutan tersebut ialah Masterpiece, Meruked, DJ Candy, Swan D, Ash Lu, Emcee Chris Kho dan Emcee Clara Liew.

Artis-artis tempatan yang turut terlibat ialah Joe Ashley, Menoah Hudson, Janet Ling Sing Jing, The Sibu Buskers, T-ga Band, Klunan Magat, Amazing X, Little Apple dan The Powertive.

Pengerusi jawatankuasa penganjurnya Kaunselor Rory Wong Ee Yion berkata, selain dihiburkan oleh artis-artis jemputan tersebut, pertunjukan bunga api selama 10 minit akan menambah memeriahkan sambutan itu.
“Kemuncak sambutan adalah mengira detik ketibaan Tahun Baharu 2024 yang kemudian disusuli dengan pertunjukan bunga api selama 10 minit.

“Kami menjangkakan 30,000 orang hadir untuk sambutan ini,” katanya pada sidang media di sini. Menyentuh mengenai persembahan artis-artis jemputan itu, beliau berkata, ia akan bermula jam 7.30 malam dan berakhir pada 12.30 tengah malam.

Wong mengatakan pengunjung juga boleh menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan lazat melalui gerai makanan dan minuman, trak makanan yang menjanjikan pengalaman kulinari lain daripada yang lain.

Sementara itu, beliau menggesa orang ramai mengelak memarkir kenderaan mereka sebarangan bagi mengelakkan tindakan kompaun oleh pihak penguat kuasa majlis dan polis.
Beliau turut mengingatkan orang ramai untuk mengelak membuang sampah merata tempat di dataran sepanjang sambutan itu bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas.

“Kami teruja untuk menjayakan acara tersebut dan tidak sabar-sabar menantikan penyertaan yang besar daripada orang ramai memeriahkan sambutan ini.

“Mari beramai-ramai menyambut ketibaan Tahun Baharu 2024 dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan, kepelbagaian muzik dan perpaduan.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi MPS di talian 084-333411,” jelas beliau.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Pengerusi MPS Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Rosely.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta