ARTIKEL

Baca 300 buku

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

USAHA membudayakan amalan membaca dalam kalangan keluarga terselah apabila Nadia Fatihah Mastam, 43, dan dua anaknya menerima penghargaan Peminjam Buku Paling Aktif 2023 daripada Pustaka Negeri Sarawak, baru-baru ini.

Bekas pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan ini mendapat penghargaan kali ketiga bagi kategori dewasa.

Sementara dua anaknya, Noor Eizlan Noorsaidi dan Noor Eusoff Noorsaidi penerima bagi kategori kanak-kanak. Menurut Nadia, beliau mempunyai banyak buku dan berjaya menghabiskan bacaan dalam 300 hingga 400 halaman tanpa henti.

“Sebagai suri rumah, kita perlu mengemas, memasak dan menyediakan keperluan anak-anak tetapi saya berjaya menghabiskan membaca buku dalam 300 hingga 400 halaman tanpa henti selepas semua kerja rumah selesai,” katanya.

Jelas Nadia, dia tidak memaksa anak-anaknya untuk membaca buku dan mengikut hobinya itu.

“Saya hanya membimbing mereka dan memberitahu bahawa membaca sangat penting.

“Saya bersyukur kerana anakanak saya memang suka membaca tanpa dipaksa dan pada hujung minggu kami ke sini (Pustaka Negeri Sarawak) untuk meminjam buku maksimum 10 buku,” luahnya.

Bagi kategori kanak-kanak, Noor Eizlan yang membaca 370 buku ialah pelajar SK Gita, Kuching, sering meminjam buku untuk tujuan program Nilam di sekolah.

“Saya suka baca komik dan buku cerita kerana menarik serta grafiknya yang berwarnawarni,” ujarnya kepada pemberita.

Sementara itu, salah seorang penerima penghargaan, Evan Valentino Nico, 17, berkata penghargaan ini mendorongnya untuk terus membaca buku.

Evan ialah penerima penghargaan dalam kategori orang berkeperluan khas membaca 115 buku.

“Keluarga menggalakkan saya untuk membaca dan meminjam buku dari Pustaka Negeri Sarawak bagi meningkatkan prestasi dalam pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris,” katanya.

Evan yang bersekolah di SMK Matang Jaya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi berkata, ibunya sumber inspirasi untuk membaca buku.

Dahulu, Evan gemar bermain permainan komputer selepas sekolah dan hanya membaca buku sebelum waktu tidur.

“Saya berharap dapat menimba lebih banyak ilmu dan mempelajari perkara baharu melalui pembacaan,” tambahnya. Banyak masa untuk membaca Manakala, penerima kategori warga emas, Kelso Jay Blakeney gembira menerima penghargaan ini.

Berusia 81 tahun, Kelso menetap di Kuching sejak 1987.

“Sejujurnya, saya gembira kerana terpilih menjadi salah seorang penerima walaupun saya warga asing dan itu sangat adil,” terang Kelso yang juga pesara.

Dari dulu lagi, beliau berminat membaca buku, namun tidak mempunyai masa yang cukup kerana fokus menumpukan kepada kerja.

“Saya sudah lama bersara daripada bekerja.

Jadi, saya mempunyai lebih banyak masa untuk melakukan perkara seperti bersukan dan membaca buku.

“Sekarang saya sering ke sini untuk membaca buku dan saya suka buku tentang alam sekitar seperti gunung, hutan atau sungai,” katanya.

Penerima anugerah ini bagi kategori staf diungguli oleh Nur Ashikin Ahmad, 34.

Beliau mula bertugas di Pustaka Negeri Sarawak dari 3 Disember 2012 sebagai Pembantu Pustakawan hingga kini.

“Saya bersyukur kerana menerima anugerah ini. Dalam ramai-ramai staf di sini, saya juga yang terpilih sebagai staf paling banyak membaca buku pada 2023,” ujarnya.

Ashikin berkata, sebagai staf yang bertanggungjawab dengan Program 10 minit, membaca memang diterapkan sebagai amalan. “Sebagai barisan hadapan untuk program ini, kami memang diterapkan untuk membaca setiap hari.

“Pembahagian masa itu amat penting. Kalau ada masa yang terluang, saya akan membaca dalam lima ke 10 minit terutamanya waktu rehat,” katanya. Beliau berharap masyarakat Sarawak akan terus minat membaca buku kerana ia dapat merangsang minda untuk aktif.

“Saya berharap masyarakat di Sarawak akan terus memupuk minat membaca. Ia dapat membantu minda untuk aktif dan merangsang minda untuk berfikir,” tegas Ashikin.

Membaca pupuk perpaduan Tema “Pembacaan Melestarikan Perpaduan” untuk program Jom Baca tahun ini menekankan peranan membaca dalam memupuk perpaduan kebangsaan.

Program Jom Baca bersama 10 minit dan Dekad Membaca Kebangsaan merupakan dua inisiatif penting di Malaysia bertujuan untuk menggalakkan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat.

Kedua-dua program ini memainkan peranan yang kritikal dalam memperkukuh nilai pendidikan dan keilmuan dalam masyarakat Malaysia.

Justeru, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) selaku penganjur program ini menggalakkan semua lapisan masyarakat mengambil masa selama 10 minit pada waktu yang sama di seluruh negara untuk membaca.

Sebanyak enam kategori peminjam buku yang menerima anugerah iaitu orang berkeperluan khas, kanakkanak, pelajar, dewasa, warga emas dan staf.

Masing-masing menerima penghargaan berbentuk sijil, plak penghargaan, baucar buku bernilai RM100 serta wang tunai sagu hati RM300 setiap kategori.

BERITA LAIN

PAMERAN, PROMOSI IKMAS

IKMAS mengadakan pameran dan promosi sempena program bersama-sama komuniti Malaysia Madani di Masjid Darussalam Belarek, Long Lama, baru-baru ini. Pameran dan promosi Ikmas kali ini

Kilat Boy terus cipta sejarah

HARI penuh bersejarah kepada petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong apabila berjaya merangkul tali pinggang pada Kejohanan Tinju Dunia (WBC) Asia Silver Super Bantamweight (55.0kg)

Erat hubungan bersama komuniti

KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri masih dirasai sempena Program Jiwa Madani bersama-sama Komuniti anjuran Ikmas di Dataran Ikmas, baru-baru ini. Program dihadiri tetamu jemputan khas iaitu Pengarah

BERITA TERBARU

Keterangkuman sosial POSKOM selari dengan PCDS 2030

SIBU: Program Outreach – Santuni Komuniti (POSKOM) yang diperkenalkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) adalah selari dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. Ahli