ARTIKEL

Baca kemudian menulis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SELAMAT Tahun Baharu 2024. Apa azam tahun ini? Banyak?

Dalam banyak-banyak azam, mungkin satu azam yang boleh dilaksanakan tahun ini iaitu membaca sebanyak mungkin buku.

Tidak ramai orang memasang azam ini setiap kali bertukar tahun.

Walaupun demikian, ada juga yang menjadikan membaca sebagai azam tahunan.

Kata mereka ini: “Saya mahu banyak buku sepanjang tahun ini. Mungkin 100 judul buku pelbagai genre.”

Menariknya, bagi mereka ini, kadang-kadang belum pun tahun bertukar, azam ini sudah dicapai.

Rakan penulis, Cikgu Yusuf Mustanir misalnya, tahun lepas dia berazam membaca 100 buku setahun, namun sudah mencapai sasaran itu pada November tahun lepas.

Bukan semua orang boleh berbuat sedemikian, tetapi tidak mustahil untuk dilakukan. Semua orang sebenarnya masih dan kekal membaca.

Cuma mungkin berbeza dari segi bahan bacaan yang dibaca.

Ada yang membaca buku, ada yang membaca majalah dan ada yang membaca surat khabar.

Dan hari ini, orang lebih gemar membaca apa-apa sahaja bahan bacaan yang dipaparkan di Internet. Mengapa orang dikatakan masih membaca?

Mungkin bukan penulis sahaja, anda pun mungkin demikian iaitu akan membaca mesej WhatsApp setiap kali bangun tidur.

Bukan suka-suka tetapi untuk mengetahui apa-apa yang telah berlaku di luar rumah di seluruh dunia sepanjang kita tidur.

Bagi sesetengah orang, ia boleh dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas harian.

Kadang-kadang arahan daripada majikan serta bos akan diagihkan melalui WhatsApp.

Bagi pengamal media pula, banyak info terkini dikongsikan melalui kumpulan WhatsApp.

Misalnya bomba, polis, Angkatan Pertahanan Awam dan banyak lagi.

Lagi pun, bagi orang yang sukar untuk tidur malam, dia akan menaip macam-macam catatan yang kemudian dikongsikan melalui kumpulan WhatsApp.

Ada yang salin dan tampal bahan bacaan dan kemudian dikongsikan.

Sebab itu, setiap pagi ketika membuka WhatsApp, kadangkadang ada ratusan mesej masuk melalui aplikasi ini.

Belum lagi mesej WhatsApp yang dihantar secara personal.

Selepas WhatsApp, yang biasa dibaca pada awal pagi ialah Facebook.

Keinginan untuk mengetahui perkongsian serta hantaran di laman ini melonjak pada waktu pagi.

Apa yang telah berlaku sepanjang aku tidur?

Ada gempa bumi?

Ada kes curi berlaku di kawasan kejiranan?

Antara soalan yang boleh dijawab hanya dengan membaca di Facebook.

Pengamal media juga banyak melayari Facebook. Banyak info terkini yang dikongsikan boleh dibuat berita dan kemudian membuat berita susulan.

Duduk di rumah sambil menghirup secawan kopi pun sudah boleh mendapatkan info untuk berita.

Yang penting rajin membaca secara keseluruhan, bukan hanya pada tajuk cerita yang dikongsikan.

Berbeza dengan sekarang, pemberita dahulu perlu benarbenar mengerah otak dan keringat untuk mendapatkan sumber bagi menulis berita atau rencana.

Dalam zaman yang belum ada telefon bimbit, pemberita perlu berada di pejabat untuk menghubungi sumber ataupun membuat janji temu.

Jika berlaku kes kemalangan, lemas, ragut, kes bunuh atau bunuh diri misalnya, pemberita perlu berada di lokasi kejadian.

Kemudian perlu menghubungi pihak polis untuk mendapatkan pengesahan.

Berbeza dengan sekarang, segala info banyak dikongsikan oleh polis, termasuk bomba dan sebagainya.

Sebab itu, pengamal media wajib membaca dan terus membaca.

Selain ilmu, ia dapat mengasah teknik penulisan terutama penggunaan tatabahasa yang betul.

Jika suka membaca, ia juga dapat memotivasikan mereka yang suka mengkaji, menulis dan menghasilkan buku untuk diterbit dan dijual.

Misalnya, suatu ketika dahulu, negara ada berlambaklambak judul novel berkaitan cinta.

Ketika itu, novel genre ini amat diminati. Ada yang menjadi kaya hanya dengan menghasilkan novel.

Ada yang mampu membeli sebuah banglo ratusan ribu ringgit hanya dengan menulis dan menerbitkan satu judul novel.

Jadi, ini sebabnya penting amalan membaca.

Mana mungkin penerbit dapat menerbitkan buku jika tiada orang hendak membaca.

Mesti ada situasi menang-menang bagi pembaca dan penulis serta penerbit buku.

Beza orang membaca Sebenarnya, kita ialah apa yang kita baca.

Orang yang membaca satu judul buku berbeza dengan orang yang langsung

tidak membaca walaupun sebuah buku.

Orang yang membaca empat buku akan berbeza pemikirannya dibandingkan dengan orang yang membaca 10 buku.

Seorang teman ada menasihatkan: Nak jadi penulis cerpen bacalah 100 cerpen.

Nak jadi penulis puisi, bacalah 100 puisi.

Nak jadi penulis rencana yang baik pula, maka bacalah sebanyak mungkin rencana-rencana yang baik yang ditulis oleh penulis yang ada ketokohan penulisannya.

Amalan ini secara tidak langsung akan membantu kita mencari kaedah penulisan kita.

Ketika membaca banyak-banyak puisi, cerpen atau rencana, kita akan dapat menemui kaedah penulisan yang sesuai dengan diri kita.

Orang yang hebat akan membaca karya-karya yang hebat. Profesor A sangat berilmu kerana dia belajar daripada profesor B. Profesor B jadi pakar sebab dia belajar daripada profesor C. Begitulah seterusnya dari dulu hingga sekarang.

Begitu juga orang yang ingin mencuri akan belajar daripada pencuri.

Begitu juga membaca. Jika membaca buku penulis-penulis hebat, kita juga boleh menjadi hebat.

Dan orang yang membaca buku yang kita tulis juga pasti akan menjadi hebat.

Kita tidak dapat lari daripada membaca.

Tambahan satu lagi ialah menulis. Perintah “bacalah!” ialah firman pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. Diceritakan bahawa Nabi Muhammad menjawab lima kali, “Aku tidak boleh membaca.”

“Dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia daripada segumpal darah.

Bacalah dan Tuhanmu Maha Pemurah; yang mengajar manusia dengan perantaraan kalam.

Dia mengajarkan kepada manusia apa-apa yang tidak diketahuinya.” (Surah al-Alaq ayat 1 hingga 5) Amalan membaca juga memerlukan sesuatu untuk dibaca. Jadi, membaca yang diikuti dengan menulis, penggunaan kalam atau pena, alat yang membuat kita mengetahui “apa-apa yang tidak kita ketahui sebelumnya”.

Oleh sebab itu, membaca dan menulis merupakan bahagian penting.

Ia tidak dapat dipisahkan. Mungkin tahun ini kita boleh membudayakan amalan membaca, yang akan menjadikan masyarakat lebih berilmu, dan tidak mudah menerima bulat-bulat mana-mana cerita yang cuba memesongkan pemikiran.

LAIN-LAIN BERITA

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

Selidik pemungut derma

MENURUT pprm.dbp.gov. my derma ialah pemberian yang ikhlas berupa wang dan lain-lain kepada orang miskin; dan juga bantuan wang kapada kumpulan (yayasan dan lain-lain). Mudah

Kematian semakin dekat

KEMATIAN, sebagai satusatunya kepastian dalam kehidupan manusia, menghantui fikiran manusia sejak awal zaman.  Kehidupan pasti diakhiri dengan kematian sebagaimana firman Allah SWT dalam al-Quran surah

Presiden kelapan bulan sepuluh

KIRAAN cepat (quick count) sejumlah badan bebas berkaitan Pemilihan Presiden (Pilpres) Indonesia 2024 pada Sabtu, 17 Februari, menunjukkan pasangan PrabowoGibran unggul teratas. Mereka meraih 58.48

Bahaya bah betina

SEKALI air bah, sekali pantai berubah. Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah. Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda

BERITA TERBARU