ARTIKEL

Tangkap Layar : https://apims.doe.gov.my/

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi Utara, Indonesia.

Menurut kenyataan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), berdasarkan bacaan yang diperoleh daripada Stesen Pemantauan Kualiti Udara (AQMS) sejak 8 pagi, 17 April lalu bacaan IPU berada antara kategori baik (0 hingga 50) dan sederhana (51 hingga 100).

“Bacaan IPU laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), Malaysia juga menunjukkan IPU di pelbagai kawasan di negeri ini berada dalam kategori baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan.

“NREB ingin menyatakan secara mutlak bahawa letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara secara langsung di Sarawak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, NREB menegaskan pihaknya akan terus memantau rapi perkembangan terkini situasi itu melalui lima AQMS iaitu di Lundu, Tebedu, Lubok Antu, Bario dan Lawas.

NREB juga mengingatkan orang ramai untuk mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Untuk rekod, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, awan debu yang terhasil akibat letusan Gunung Ruang tidak menjejaskan kualiti udara permukaan di Sabah dan Sarawak berdasarkan pencerapan IPU.

Bagaimanapunkatanya, awan debu terhasil akibat letusan gunung berapi setinggi 725 meter dari paras laut itu pada 9.45 pagi, Selasa lepas, menjejaskan operasi penerbangan di dua negeri berkenaan.

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA