ARTIKEL

Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada wakil Pusat Pemulihan dalam Komuniti(PDK) Bintulu dan Koperasi Wawasan Ibu Tunggal Bintulu.

Badan korporat, syarikat swasta tunaikan CSR kepada golongan sasar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu(BDA) meneruskan program tanggungjawab sosial korporat(CSR) dengan menyantuni golongan ibu tunggal, orang kurang upaya dan anak- anak yatim dalam majlis Sungkei BDA Bersama Komuniti di Centre Court Naim Street Mall Paragon Bintulu, malam tadi.

Pada majlis itu, BDA diwakili Timbalan Pengurus Besarnya, Abdul Rahim Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada wakil Pusat Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Bintulu Koperasi Wawasan Ibu Tunggal Bintulu serta Pusat Perkhidmatan Warga Emas Bintulu.

Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plat Lot dalam program Sungkei BDA Bersama Komuniti, malam tadi.

Turut disampaikan sumbangan kepada empat keluarga mangsa kebakaran di Kampung Sungai Plan Lot.

Pada majlis yang sama, pihak Pasaraya Farley Bintulu turut mengagihkan sumbangan kepada anak- anak yatim dari Kompleks PERYATIM Bintulu.

Sumbangan disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Farley, Eiyen Lau.

Eiyen Lau ditemani Abdul Rahim menyampaikan sumbangan Pasararaya Farley kepada salah seorang anak yatim Kompleks PERYATIM Bintulu.

Hadir sama ADUN Jepak Iskandar Turkee, ADUN Tanjong Batu Johnny Pang Leong Ming, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bintulu Port Holdings Berhad Ruslan Abdul Ghani,pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu(LPB) Datuk Sharkawi Alis serta pengurus besar LPB Mizool Amir Mat Derus.

Abdul Rahim bersama Eiyen merakam gambar bersama anak- anak yatim Kompleks PERYATIM Bintulu.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,