Badang Malaysia diuji April depan

PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) bakal menganjurkan kejohanan dalaman pada awal bulan depan bagi memilih peserta negara ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam, November ini.

Presidennya Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya telah menyenaraikan 38 atlet iaitu 11 daripada Program Podium, dua daripada skuad pelapis negara dan 25 daripada skuad negeri untuk bersaing dalam kejohanan tersebut bagi mendapatkan kedudukan terbaik supaya melayakkan diri ke dalam skuad negara.

Beliau menegaskan bahawa 13 atlet kebangsaan sedia ada turut tidak ketinggalan daripada ujian bagi menentukan mereka mampu mengekalkan kedudukan atau sebaliknya pada kejohanan itu.

“Melalui bimbingan daripada barisan jurulatih yang ada sekarang, saya mengharapkan atlet negara dapat melakukan yang terbaik dalam kejohanan tersebut,” Bagaimanapun, barisan jurulatih negara telah menyiapkan perancangan bagi menghadapi Sukan SEA,” katanya menerusi kenyataan.

Dua pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2018, Muhammad Azroy Hazalwafie Izhar Ahmad bagi kategori 56 kilogram (kg) dan Muhamad Aznil Bidin (62kg), serta Muhammad Erry Hidayat (73kg) antara atlet kebangsaan yang disenaraikan.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Mac 2021

Suara Sarawak