PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Badang Sarawak sasar emas Sukan SEA

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Buda Anchah

KUCHING: Jaguh bina badan negara, Buda Anchah yakin beliau berada dalam keadaan bersedia untuk mempamerkan aksi terbaiknya menjelang Sukan SEA Hanoi pada Mei ini.

Jaguh kebanggaan Sarawak itu berazam untuk membawa pingat emas dalam acara yang bakal disertainya dengan harapan mahu mengharumkan nama Malaysia dan Sarawak khasnya.

“Untuk sukan SEA akan datang, saya harap dapat membawa pingat untuk negara dan Sarawak khasnya,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya, persiapan kini sudah mencecah ke fasa yang terakhir iaitu mengfokuskan penjagaan rapi amalan diet manakala dari segi latihan ditingkatkan kepada tiga sesi sehari.

“Keadaan badan saya di tahap memuaskan cuma sekarang di peringkat mempertajamkan lagi otot yang lemah.

“Dari segi latihan ditingkatkan masa kepada tiga sesi sehari iaitu kardio di sebelah pagi, latihan bebanan di gym tiga jam siang, dan sesi latihan bebanan tiga jam di sebelah malam,” katanya.

Buda memberitahu, beliau akan bertolak ke Kuala Lumpur bagi menjalani proses pentadbiran pada minggu hadapan dan akan terus menetap di sana sehingga kejohanan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan