ARTIKEL

Badminton: Jacky Kok ganti Justin ke Kemboja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara Jacky Kok Jing Hong dipilih bagi menggantikan tempat Justin Hoh dalam skuad badminton ke Sukan SEA Kemboja. Justin terpaksa dilepaskan daripada menyertai kontinjen negara ke Kemboja berikutan kecederaan achilles tendon kiri yang dialami pemain berusia 19 tahun itu ketika menjalani latihan pada Isnin.

Beliau dijangka ‘berehat’ selama enam bulan sebelum pulih sepenuhnya. “Jing Hong telah menunjukkan dirinya ketika latihan. Ini adalah peluang terbaik buat dirinya untuk meningkat naik dalam temasya itu,” kata Pengarah Kejurulatihan Perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM) dalam kenyataan di media sosial. Jing Hong menghuni ranking ke-156 dunia.

Temasya Sukan SEA 2023 akan berlangsung di Phnom Penh, Kemboja dari 5 hingga 17 Mei. Bulan lepas, BAM mengumumkan Justin, Leong Jun Hao dan Ong Ken Yen memikul cabaran negara dalam perseorangan lelaki di temasya dwitahunan itu. Pada edisi di Hanoi, Vietnam, skuad badminton negara membawa pulang satu emas, dua perak dan satu gangsa. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU