ARTIKEL

Badminton: Permulaan baik untuk pemain Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Empat pasangan beregu badminton negara memberikan keceriaan kepada peminat tempatan pada pada perlawanan pembukaan Masters Malaysia 2023 di Arena Axiata, di sini Selasa.

Pasangan beregu terbaik negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mengatasi cabaran sengit dari juara Sukan SEA 2023 Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan dari Indonesia, 21-18, 10-21, 23-21, dalam perlawanan yang berlangsung selama 55 minit.

Pasangan dari Korea Selatan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho menanti Aaron-Wooi Yik pada pusingan kedua selepas pasangan itu menewaskan Christo Popov-Toma Junior Popov dari Perancis, 24-22, 21-10, dalam satu lagi perlawanan pembukaan.

Bercakap mengenai perlawanan hari ini, Wooi Yik mengakui bahawa mereka kehilangan fokus pada set kedua selepas pasangan Indonesia itu mengubah taktik mereka, yang membolehkan lawan mereka itu mengheret perlawanan ke set penentuan.

“Di set kedua, kami terlalu cepat buang mata dengan senang dan tak selesa dengan permainan mereka, agak kelam kabut dan cemas, namun dalam set ketiga walaupun banyak kesilapan, kita kekalkan permainan dan tidak berikan mata mudah kepada lawan,” katanya kepada media di sini.

Sementara itu, pasangan beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi menewaskan pasangan China Ren Xiang Yu-Tan Qiang, 21-16, 21-18 bagi menempah satu lagi slot ke pusingan kedua.

Pasangan pilih keenam itu akan berhadapan pasangan dari Taiwan Lu Ching Yao-Yang Po Han, yang menewaskan Ruben Jille-Ties Van Der Lecq dari Belanda, 21-17, 21-15.

Yew Sin gembira kerana permainan mereka hari ini menjadi sekali gus berjaya menewaskan pasangan China itu, manakala Ee Yi berkata mereka tidak akan memandang mudah terhadap cabaran satu lagi pasangan dari China Ching Yao-Po Han selepas ini, walaupun mereka berjaya mengalahkan pasangan itu pada peringkat kumpulan di Piala Sudirman, 21-8, 23-21, minggu lepas.

Dalam satu lagi perlawanan, pasangan bukan pilihan Man Wei Chong-Tee Kai Wun berjaya melakukan kejutan selepas mereka menewaskan pasangan pilihan ketujuh dari Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen, 25-23, 21-16 dan akan berhadapan sama ada pasangan Alexander Dunn-Adam Hall dari Scotland atau satu lagi pasangan negara Tan Kian Meng-Tan Wee Kiong, dalam pusingan kedua.

Sementara itu pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah memulakan kempen mereka dengan baik selepas menewaskan pasangan kembar dari Bulgaria Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva, 21-17, 21-15.

Pasangan ke-11 dunia itu, selepas ini akan berhadapan pasangan dari Jepun Rena Miyaura-Ayako Sakuramoto yang menewaskan pasangan dari England Chloe Birch-Lauren Smith,  21-12, 21-8, dalam satu lagi perlawanan.

Pearly ketika ditemui selepas perlawanan gembira kerana berjaya membalas dendam terhadap pasangan kembar Stoeva itu, yang telah mengalahkan mereka 19-21, 14-21, pada pusingan awal Terbuka Malaysia 2023, Januari lepas dan berharap untuk mengekalkan momentum kemenangan mereka ketika berhadapan pasangan Jepun selepas ini.

Bagaimanapun pasangan beregu profesional wanita negara Vivian Hoo-Lim Chiew Sien terkeluar awal selepas mereka tewas kepada Maiken Fruergaard-Sara Thygesen dari Denmark, 13-21, 18-21.– BERNAMA

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim, menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan