Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Badminton Piala Adun Sadong Jaya mungkin awal tahun depan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Acara berprestij daerah Sadong Jaya, Pertandingan Badminton Berpasukan Lelaki/Wanita Tertutup Samarahan 2021, Piala Adun Sadong Jaya Ir Aidel Lariwoo mungkin akan berlangsung pada Januari 2022.

Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Sadong Jaya Kaunselar Jamil Harbi memberitahu, bakal berlaku perubahan tarikh pertandingan tersebut disebabkan peningkatan kes pandemik Covid-19.

“Segalanya bergantung kepada perkembangan semasa pandemik Covid-19, meskipun jadual asal pertandingan tersebut pada November tahun ini.

“Jika situasi masih belum selamat, pertandingan ini akan berlangsung Januari tahun hadapan,” ujar Jamil kepada Arena Suara Sarawak.

Jamil berharap musibah ini akan beransur pulih sekali gus membolehkan pertandingan tersebut diteruskan mengikut jadual asal.

Pertandingan terbabit dianjurkan oleh Kelab Badminton Sadong Jaya dengan kerjasama PBB Cawangan Sadong Jaya dan berlangsung setiap hujung tahun.

Dengan objektif memberi peluang kepada pemain terutama bakat tempatan mengetengahkan kehebatan mereka dalam sukan badminton.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang