SELEPAS menyelesaikan pertikaian kontrak dengan SM Entertainment, beberapa khabar angin melanda Baekhyun EXO sekali lagi.
Tidak mahu isu itu dicondongkan luas, vokalis EXO itu memberikan pengesahan secara langsung dalam sesi langsung di Instagram.
Salah satu kenyataannya dia sudah mendirikan syarikat sendiri dengan nama One Signature.
“Ini syarikat yang diasaskan saya bersama rakan, Kasper dengan tujuan membangunkan ramai koreografer dan penari mahir,” kata Baekhyun.
Syarikat ini belum wujud sepenuhnya dan Baekhyun masih melakukan beberapa kajian dan percubaan untuk kelancaran perniagaan ini nanti.
“Syarikat itu juga diperkenalkan dengan nama lain, bukan One Signature,” kata Baekhyun.
Baekhyun juga mengaku dia membuat pinjaman besar 13 bilion won (RM45 juta).