ARTIKEL

Bahagia cara sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

DEFINISI gembira sememangnya berbeza bagi setiap individu.

Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk menggembirakan diri sendiri.

Setiap individu mempunyai hak untuk gembira lebih-lebih lagi jika ia menjadikan diri kita lebih positif.

Mungkin ramai yang tidak sedar wujudnya Hari Kegembiraan Antarabangsa yang diasaskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang disambut pada 20 Mac setiap tahun.

Ia diwujudkan kerana pentingnya kebahagiaan dan kesejahteraan dalam pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah negara.

Dengan adanya Hari Kegembiraan Antarabangsa, ia kesempatan untuk mengingatkan dunia tentang kepentingan kebahagiaan sebagai matlamat yang diinginkan oleh setiap individu di seluruh dunia.

Hari Kegembiraan Antarabangsa peringkat kebangsaan pula bertemakan “Bahagia bersama Malaysia Madani”. Indeks kebahagian merangkumi 14 komponen penilaian.

Antaranya alam sekitar, pemimpin tempatan, perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT), infrastruktur asas, keseronokan bekerja dan hubungan jiran serta tahap stres.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengumumkan Malaysia berada pada kedudukan ke-55 paling bahagia di dunia daripada 137 negara anggota PBB yang dinilai dengan memperoleh skor indeks 6.012.

BERITA LAIN

Terus budaya baca al-Quran

SETIAP kali Ramadan, kita lihat ramai mengikuti kumpulan tadarus al-Quran sehingga berjaya khatam. Semangat ini sangat baik untuk diteruskan walaupun Ramadan berlalu. Firman Allah dalam

Yayasan Ikram Miri santuni asnaf

MEMBAWA semangat prihatin dan mengingati golongan memerlukan, Yayasan Ikram Miri melancarkan program sumbangan pek Ramadan bertujuan membantu murid daripada golongan asnaf. Melalui sumbangan tersebut, penerima

Pendarahan teruk apabila luka

Memandangkan hemofilia ialah penyakit sejak lahir dan biasanya diwarisi, ia dikatakan terjadi melalui gen atau baka ibu bapa yang mempunyai warisan genetik kromosom X. Oleh

Hemofilia perlu kesedaran awam

SAMBUTAN Hari Hemofilia pada 17 April setiap tahun dilakukan sejak 35 tahun lalu bermula pada 1989. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Hemofilia ialah penyakit yang

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh