ARTIKEL

Bahagian Integriti PUSAKA dapat pencapaian membanggakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (PUSAKA) telah melaksanakan pelbagai program untuk pengukuhan integriti selaras dengan keperluan pekeliling-pekeliling kerajaan negeri. 

Menurut kenyataan PUSAKA hari ini, antara program jerayawara kesedaran nilai integriti kepada semua warga PUSAKA serta anak syarikatnya. 

“Bukan itu sahaja, sambutan hari integriti yang diadakan membuktikan bahawa PUSAKA adalah sebuah agensi yang komited melaksanakan program penerapan nilai integriti dan diamalkan oleh setiap warga PUSAKA dalam pekerjaan mereka,” 
ujarnya.

Hasil daripada usaha-usaha tersebut, katanya PUSAKA mendapat beberapa pencapaian yang membanggakan seperti Penghargaan atas komitmen dan kerjasama dalam Pembudayaan Integriti dan Tadbir Urus Baik Tahun 2019 daripada Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak (UNIONS).

Di samping itu, Pencapaian Pelan Anti Rasuah Organisasi keseluruhan sebanyak 73 peratus setakat Jun 2023, Pentauliahan empat orang Pegawai Integriti Bertauliah (CEIO), Penubuhan Unit Integriti di tiga buah anak syarikat PUSAKA dan mendapat Perak bagi Anugerah Integriti, Governans dan Anti Rasuah (AIGA) 2022. 

Dalam masa sama, pengurusan tertinggi dan barisan pengurusan PUSAKA memberi komitmen yang tinggi dalam memupuk budaya organisasi yang harmoni dan berintegriti. 

Tambah kenyataan itu, bahagian Integriti PUSAKA yang ditubuhkan pada 2 Disember 2019 adalah bagi menyahut seruan penubuhan Unit Integriti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Enam Tahun 2013. 

Katanya, visi badan ini adalah untuk mewujudkan budaya integriti yang cemerlang dalam organisasi. 

Manakala, misi bahagian integriti PUSAKA untuk memperkukuhkan nilai integriti organisasi dengan memastikan pematuhan dasar dan prosedur serta menyemai budaya integriti melalui pendekatan sistematik dan kakitangan yang cekap. 

“Ini seiring dengan slogan kami iaitu ‘Kami Tolak Rasuah’,” katanya. 

Manakala, objektif penubuhan Bahagian Pengurusan Risiko dan Integriti adalah untuk memberi hala tuju dan bimbingan kepada warga PUSAKA supaya mewujudkan kerjasama, bersatu padu, berintegriti, bermoral dan beretika. 

“Selain itu, meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya ia menjadi budaya dan amalan dalam kalangan warga PUSAKA itu sendiri serta menggalakkan semangat bertanggungjawab dalam kalangan mereka. 

“Sehubungan itu, seksyen integriti juga melaksanakan enam fungsi teras iaitu tadbir urus, pengukuhan integriti, pengurusan aduan, pengesanan dan pengesahan, pematuhan serta tatatertib,” jelasnya. 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU