ARTIKEL

Jamalie (kiri) bersama tetamu kehormat lain merakam kenangan bersama maskot SUKMA Sarawak, iaitu Satria dan Satrina, serta beberapa ikon SUKMA.

Bahagian Miri anjur pertandingan bagi enam kategori sukan SUKMA XXI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Bahagian Miri akan menganjurkan enam kategori sukan sempena Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 pada tahun ini.

Residen Bahagian Miri, Jamalie Busri berkata, antara sukan yang akan dipertandingkan adalah sukan pelayaran, lawan pedang, karate, pencak silat serta sofbol dan ragbi, masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

“Sukan pelayaran akan diadakan di Marina Bay, sukan ragbi di Stadium Miri, sukan lawan pedang di Eastwood Valley Golf and Country Club, sukan karate di Dewan Serbaguna Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

“Sementara itu, sukan sofbol bagi lelaki akan diadakan di Padang Bola Sepak IKBN, manakala untuk kategori wanita pula akan diadakan di Padang Bola Sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Merbau, serta pencak silat pula akan diadakan di Stadium Bandaraya Miri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Larian Baton SUKMA ke-21 Sarawak 2024 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat yang mewakili Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shi di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap agar masyarakat di Miri terutamanya dapat menyediakan persekitaran yang kondusif dan memberi sokongan kepada SUKMA pada kali ini.

Katanya, persekitaran kondusif dapat membantu para atlet SUKMA merasai pengalaman bermakna di Bahagian Miri nanti.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat SUKMA Sarawak 2024, Datuk Hii Chang Kee, Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang serta Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Nur Alina Abdullah turut hadir.

Hadir sama, Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan Korporat Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (MYSED), Abdul Rani Abdullah dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

BERITA LAIN

Arab Saudi permudahkan urusan jemaah haji Malaysia

SEPANG: Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap kecekapan pengurusan operasi haji yang dikendalikan oleh Lembaga

BERITA TERBARU

Mangsa kebakaran di Kampung Kelka disantuni

SIMUNJAN: Nasib mangsa kebakaran di Kampung Kelka Ulu, Simunjan, Abdul Rahman Abdullah terus mendapat perhatian dua wakil rakyat di kawasan terbabit iaitu Ahli Parlimen P.200

Sarawak dulu sesingkang mantu rayat

BAU: Perintah Sarawak dipuji laban ngena chara go the extra mile tauka dulu sesingkang ba pengawa meri bantu ngagai rayat di menua tu. Sapit Menteri