ARTIKEL

Bahan api Perarakan Kapal Berhias ditaja PETRONAS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Sarawak tampil menjadi penaja bahan api sempena Perarakan Kapal Berhias yang akan berlangsung di Tebingan Sungai Kuching pada 29 Julai ini.

Tajaan itu termasuk bahan api diesel kepada 20 kapal berhias dan petrol kepada masing-masing 10 luncur jet (jet ski), 25 perahu tambang dan 21 bot jawatankuasa keselamatan air.

Dalam pada itu, simbolik penyerahan tajaan telah diserahkan oleh PETRONAS kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak telah disaksikan oleh Timbalan Menterinya (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep di Tebingan Sungai Kuching, semalam.

Untuk rekod, acara perarakan yang kali terakhir dianjurkan pada tahun 2013 itu diadakan sempena Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Dianggarkan sekitar 10,000 pengunjung bakal menghadiri acara yang merupakan simbolik mendedahkan negeri ini ke mata dunia, sekali gus menggalakkan ramai pengunjung datang.

Perarakan tersebut dijangka mengambil masa hampir dua jam dengan acara akan bermula pada jam 8.15 malam.

Bermula dengan persembahan jet ski, perarakan perahu tambang, seterusnya perarakan kapal berhias dan diakhiri dengan persembahan finale daripada Persatuan Jet Ski.

Kapal-kapal yang akan mula belayar di Pengkalan Abok itu akan dikemudikan dengan kelajuan sesuai sambil diiringi dengan muzik latar.

Selain kapal berhias, turut diadakan, pertunjukan pentas dan persembahan daripada penyanyi kelahiran Sarawak iaitu Hafiz Suip dan Dayang Nurfaezah.

Sementara itu, setiap kapal yang bertanding berpeluang memenangi hadiah pertama berupa wang tunai RM10,000, tempat kedua dan ketiga masing-masing RM7,000 dan RM5,000. Turut diberikan, tujuh hadiah sagu hati merupa wang tunai RM3,000.

BERITA LAIN

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan

PM UCAP SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN, HARI GAWAI

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan serta Hari Gawai kepada masyarakat di Sabah dan Sarawak. Beliau berkata kedua-dua perayaan mampu

BERITA TERBARU

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan