ARTIKEL

Freepik.com

Bahana cinta, penjawat awam rugi RM12,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Bahana dilamun cinta menyebabkan seorang penjawat awam di sini terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM12,000 setelah terpedaya dengan sindiket Love Scam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang merupakan seorang lelaki berusia sekitar 20-an itu mendakwa dirinya ditipu selepas berkenalan dengan seorang wanita tidak dikenali.

“Mangsa pada mulanya berkenalan dengan seorang wanita tidak dikenali melalui laman Instagram, kemudian beralih ke Whatsapp.

“Suspek kemudiannya telah mengambil kesempatan untuk memperdaya mangsa dengan alasan untuk mendapatkan bantuan pinjaman wang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Alexson berkata, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu apabila suspek secara berterusan ingin meminjam wang daripadanya sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM12,000.

Ekoran itu, suspek tampil membuat laporan polis pada 30 Januari, dan kes diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah (BSJKD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Katanya, siasatan ke atas kes ini dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak kurang dari setahun dan tidak lebih dari 10 tahun, berserta sebatan dan juga denda.

BERITA LAIN

Bacaan IPU Sarawak baik, sederhana

KUCHING: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di seluruh Sarawak menunjukkan bacaan baik dan sederhana serta tiada bacaan tidak sihat direkodkan susulan letusan Gunung Ruang di Sulawesi

ADUN Repok lawat dua pesakit warga emas

SARIKEI: Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii melawat dua warga emas yang terlantar sakit di kediaman mereka, pada Khamis.

Pesta Beras Adan 2024 di Ba’Kelalan

LAWAS: Ba’Kelalan mempunyai potensi besar untuk dipasarkan dan dipromosikan sebagai destinasi pelancongan ekologi. Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal berkata demikian susulan pelbagai

BERITA TERBARU

Inul Daratista dakwa diri disihir

INUL DARATISTA, 45, berasa bimbang setelah dirinya secara tiba-tiba sakit sehingga muntah darah. Memetik media antarabangsa, Inul dikatakan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan setelah diperiksa