ARTIKEL

Bahang Aidilfitri semakin terasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

UMAT Islam menghitung hari untuk menyambut hari besar itu.

Kini rancak di mana-mana, ramai yang sibuk membeli persiapan raya yang dijangka jatuh pada 10 April (Rabu).

Itu lumrah kerana seminggu inilah kemuncak.

Dengan lagu rayanya di corong-corong radio, sangat nostalgia sekali.

Bagi pembaca, apakah momen yang dinanti-nantikan ketika ini?

Mungkin antara yang masih popular kini hiasan lampu raya, pintu gerbang, bertuntung, meriah buluh dan bunga api.

Kadang-kadang ia menjentik hati, terimbau kenangan zaman remaja dan kanak-kanak.

Hari ini walaupun dek perubahan zaman, hiasan lampu raya, pintu gerbang, bertuntung, meriah buluh dan bunga api, ia masih dihidupkan oleh masyarakat khususnya di desa.

Seronoklah melihat suasana.

Biarpun tidak senostalgia dahulu, tetapi ada. Pun begitu berhati-hatilah dan awasi aktiviti anak-anak misalnya ketika bermain mercun.

Saban tahun, ada sahaja kita mendengar kecederaan akibat mercun.

Sehingga ada rakan wartawan yang tulis – tragedi mercun umpama acara tahunan.

Hangus melecur seluruh badan sehingga meninggalkan kesan kekal.

Sebab itu pentingnya mengawasi aktiviti anak-anak.

Baca lain  Halusinasi SKIZOFRENIA

Kita tidak mahu ada yang beraya di hospital disebabkan kecuaian bermain mercun.

Kita tidak mahu ada yang putus tangan.

Kita tidak mahu ada yang buta.

HORMATI ORANG LAIN

Dalam kita berseronok, jangan lupa jiran tetangga yang kurang bermampuan.

Begitu juga, jangan sampai aktiviti kita mengganggu ketenteraman orang lain.

Jika ada jiran yang sakit, ada anak kecil… bermainlah mercun di kawasan yang jauh sedikit.

Kadang-kadang tanpa kita sedari boleh menyebabkan masam muka.

Betullah hak bermain itu masing-masing, namun dalam soal ini perlu sikap toleransi. Ia tuntutan dalam kehidupan berjiran.

Jangan sampai ada yang tidak bertegur sapa ekoran itu.

Memang nampak remeh, tetapi ia penting.

Semoga dengan semangat toleransi dan menghormati persekitaran, Aidilfitri yang bakal menjelma disambut lebih harmoni bersama orang sekeliling.

Dalam masa yang sama, jangan bermain ketika malam sudah larut.

Sebelum ini ada arahan tentang larangan bermain bunga api selepas tengah malam.

Ia antara langkah wajar untuk diteruskan.

ALA KADAR

Baca lain  LAN BERAMBIH

Walaupun mercun antara ‘menu wajib’ menjelang raya, tidak kira Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas atau perayaan lain… lebih bagus jika dibeli dan dimainkan sederhana sahaja. Ia ibarat membakar wang.

Walaupun kepuasan yang diperoleh, tetapi hancur lebur dompet si ayah.

Fikir-fikirkanlah, selepas pandemik COVID-19 kos sara hidup meningkat banyak.

Justeru, penulis percaya perbelanjaan untuk membeli mercun antara yang wajar dipotong.

Oleh kerana kita tidak dapat menghalang penjualannya yang berleluasa di pasaran, kita sendiri yang perlu lebih tegas.

Di pasaran selagi ada permintaan yang tinggi, selagi itu bekalannya mencanak.

Untuk lebih ideal, mungkin boleh ditukar bermain mercun kepada menghiasi kawasan kediaman masing-masing.

Ajaklah anak-anak bergotong-royong menggantung api lip lap lip lap, pasang pelita.

Kalau ada pertandingan membuat pintu gerbang, sertailah.

Rasanya ia sesuai berbanding mercun. Tambahan tidak membazir, habis raya masih dapat digunakan.

Apa-apa pun, menghiasi warna-warni Aidilfitri dalam seminggu terakhir itu pelbagai.

Kita sendiri yang mencorakkannya, kita sendiri yang mencipta kemeriahannya.

Baca lain  Kenapa Malaysia tidak guna nuklear?

Kalau di Saratok cukup popular pertandingan pintu gerbang dengan hadiah johan mencecah RM3,000.

Dalam pada itu jangan kita lupa, lebih penting menggandakan ibadah mencari Lailatul Qadar. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan yang bermaksud…

“Rasulullah SAW berusaha sedaya upaya pada malammalam 10 akhir Ramadan melebihi usahanya daripada malam-malam lain.” Lailatul Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadan seperti sabda Rasulullah SAW.

“Carilah Lailatul Qadar pada 10 akhir bulan Ramadan pada malam ganjil.”

BERITA LAIN

Budaya bermaafan, elak sengketa

SETIAP kali Hari Raya Aidilfitri, ia peluang terbaik untuk meminta maaf atas segala kesalahan dalam sedar ataupun tidak. Walaupun ungkapan tersebut ringkas, tetapi ia mempunyai

Adab bertamu

UMAT Islam di Malaysia dijangka merayakan sambutan Aidilfitri pada Rabu ini, 1 Syawal 1445 Hijrah bersamaan 10 April 2024. Bermakna tamatlah perjuangan Ramadan yang penuh

Wanita perlu bijak kawal emosi

TIDAK dinafi kan, wanita memikul tanggungjawab besar sebagai isteri, ibu, penjaga keluarga, pengurus rumah tangga dan warga kerja negara. Di Malaysia, tenaga kerja wanita berdaftar

KE MANA SELEPAS SPM?

SELEPAS tingkatan lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelbagai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran. Pelbagai pihak,

Sepakat soal pendidikan

LEBIH banyak persepakatan antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri perlu dicapai untuk manfaat rakyat. Khamis lalu menyaksikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi kuasa kepada Pengarah

Ke mana selepas SPM?

SELEPAS Tingkatan Lima, umumnya selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai melihat opsyen di pelba- gai institusi pendidikan tinggi (IPT), khasnya universiti untuk menyambung pelajaran.  Pelbagai

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,