Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Baharui lesen memandu 10 tahun, jimat masa dan wang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Datuk Seri Lee Kim Shin

KUCHING: Inisiatif meningkatkan tempoh pembaharuan maksimum Lesen Memandu Malaysia (LMM) dari lima tahun kepada 10 tahun bermula 8 Mei ini dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, kementeriannya menyambut baik inisiatif yang diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia berkenaan.

Katanya, inisiatif tersebut akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat tentang cara mereka menguruskan lesen dan kosnya.

“Diskaun istimewa yang diberikan kepada mereka yang memperbaharui lesen selama 10 tahun pastinya memberikan sedikit penjimatan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambahnya, ia juga akan menjimatkan masa dan kos perjalanan bagi penduduk luar bandar untuk memperbaharui lesen kenderaan di cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Katanya menerusi polisi tersebut, masyarakat hanya perlu datang sekali dalam tempoh 10 tahun untuk memperbaharui lesen memandu mereka.

“Sementara inisiatif yang membenarkan semua pemandu yang tamat lesen mulai 1 Januari 2018 dan seterusnya memohon pembaharuan tanpa mengambil semula ujian memandu sudah pasti berita baik kepada mereka yang terjejas.

Baca lain  Program Tautan Kasih Ramadan ceriakan asnaf

“Sehubungan itu, orang ramai mesti mengambil peluang untuk memperbaharui lesen sebelum 31 Disember tahun ini,” ujarnya.

Pada Rabu lepas, Kementerian Pengangkutan Malaysia mengumumkan bahawa warganegara Malaysia kini boleh memperbaharui LMM bagi tempoh maksimum 10 tahun berbanding lima tahun mulai 8 Mei ini.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, mereka yang memperbaharui LMM sehingga 10 tahun akan dikenakan bayaran fi istimewa iaitu sebanyak RM270 bagi tempoh sembilan tahun, berbanding fi kadar semasa RM30 bagi tempoh pembaharuan setahun.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru