Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Bahas usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah petang ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUALA LUMPUR: Dewan Negara membenarkan usul tergempar isu tuntutan Filipina terhadap Sabah dibahaskan petang ini, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata usul itu akan dibahaskan mengikut Peraturan 17(3) dengan pihak pencadang dibenarkan untuk membahas tidak melebihi 30 minit dan pihak kerajaan untuk menjawab dalam tempoh yang sama.

Katanya, bagi membolehkan perkara itu ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, beliau sebagai Yang Dipertua Dewan Negara hendaklah berpuas hati bahawa perkara yang dibangkitkan itu memenuhi tiga syarat iaitu bahawa perkara itu tertentu; bagi kepentingan orang ramai; dan berkehendak disegerakan perkara tersebut.

“Saya telah meneliti perkara ini dan mendapati bahawa dalam skop tertentunya, perkara ini adalah perkara tertentu. Kedua adakah ia merupakan kepentingan orang ramai? Benar, ia adalah bagi kepentingan orang ramai. Bukan sahaja di negeri Sabah tapi di tanah air Malaysia tercinta.

“Ketiga, adakah ia berkehendak kepada tindakan disegerakan? Benar perkara ini perlu disegerakan. Oleh yang demikian, saya membenarkan usul ini untuk dibahaskan mengikut Peraturan 17(3). Usul ini akan dibahaskan petang ini pada 7 Sept di dalam dewan ini,” katanya dalam persidangan Dewan Negara hari ini.

Baca lain  Pembangunan generasi muda keutamaan kerajaan - PM

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru