ARTIKEL

BAHASA BERBEZA KIBLAT SAMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HAJI, rukun Islam kelima wajib dilakukan bagi mereka yang berkemampuan.

Berkemampuan dengan sendirinya menyediakan bekalan, perbelanjaan untuk diri serta saraan nafkah dalam tanggungan dan yang ditinggalkan.

Selain itu, mampu mendapatkan kenderaan pergi dan balik, aman perjalanan bagi diri dan harta daripada musuh serta wabak penyakit, sihat dan berkesempatan masa untuk mengerjakan haji.

Jadual ibadah haji 2023 bagi jemaah Malaysia bermula dari petang Ahad, 25 Jun 2023 dan berterusan sehingga petang Khamis, 22 Julai 2023.

Haji melibatkan perjalanan dan ia memerlukan usaha yang lebih banyak berbanding ibadah lain dari segi fi zikal dan komitmen.

Justeru, ibadah haji wajib kepada umat Islam yang mampu menunaikannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Haji bermula pada hari kelapan Zulhijah dan berakhir pada hari ke-13.

Semua 31,600 jemaah haji Malaysia bergerak ke Arafah untuk menyertai kirakira tiga juta umat Islam seluruh dunia menjalani ibadah haji pada tahun ini.

Pada tahun ini di Makkah, Khutbah Arafah berbahasa Arab bagi musim haji 1444H/ 2023M disiarkan secara langsung dalam 20 bahasa termasuk bahasa Melayu.

SASAR 300 JUTA PENDENGAR

Setiausaha Bahagian Agensi Bahasa dan Terjemahan di Jabatan Hal Ehwal al-Haramain, Ahmad Abdul Aziz al-Humaidi berkata, pada tahun ini terdapat enam bahasa baharu iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia ditampilkan, sebagai tambahan bahasa untuk terjemahan.

Ahmad berkata demikian kepada petugas media daripada agensi dan organisasi pelbagai negara yang menyertai program Media Partnerships For Hajj Season 2023 anjuran Kementerian Media Arab Saudi, pada Sabtu.

Ahmad berkata, bagi musim haji 1444H/ 2023M, pihaknya menyasarkan sekurangkurangnya 300 juta pendengar dapat mengikuti khutbah Arafah di seluruh dunia.

PENTERJEMAH

Jelasnya, terdapat lebih 40 penterjemah terlatih dan berpengalaman di agensi itu bagi menjaga ketepatan maksud khutbah.

Kesemua mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (PhD), ijazah sarjana (MA), ijazah sarjana muda (BA) dalam bidang bahasa selain latar belakang pengajian Islam di institusi pengajian tinggi. Antara bahasa utama untuk terjemahan ialah Inggeris, Perancis, Mandarin, Benggali, Rusia, Melayu, Urdu, Parsi, Hausa dan Turkiye.

Bagi umat Islam yang tidak menguasai dan memahami bahasa Arab, terjemahan khutbah bagi 20 bahasa terpilih disediakan menerusi portal https://manaratalharamain.gov. sa.

Dua pemuda Malaysia, Muhammad Mujahid Zaharudin dan Dr Ahmad Wifaq Mokhtar bersama-sama dua rakan penterjemah dari Indonesia bertanggungjawab melakukan penterjemahan bahan seperti khutbah Jumaat, Hari Raya, Hari Arafah dan solat istimewa seperti gerhana matahari serta bulan.

BERITA LAIN

Cegah sebelum terlambat

VIRUS yang menyebabkan AIDS iaitu HIV telah lama wujud. Kes pertama HIV di Sarawak dilaporkan pada 1999. Sejak itu, wabak itu menjejaskan hampir 4,000 rakyat

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.