ARTIKEL

Anwar ditemu bual media selepas menerima kunjungan Jawatankuasa Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris harus dipertingkatkan untuk pacu negara ke hadapan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Inggeris harus dipertingkatkan untuk memacu negara ini ke hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Persekutuan menerima permohonan Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat membabitkan penambahan guru mengajar bahasa Inggeris di negeri ini.

Katanya, dasar tersebut tidak menjadi masalah kepada Kerajaan Persekutuan asalkan ia tidak bercanggah dengan penggunaan bahasa Melayu.

“Penambahan itu penting dan saya berpandangan untuk Malaysia melonjak ke depan, penggunaan bahasa Melayu harus mantap dan bahasa Inggeri perlu ditingkatkan,” katanya ketika ditemu bual media di sebuah hotel di sini, hari ini.

Anwar sebelum itu menerima kunjungan hormat rombongan Jawatankuasa Sambutan Gawai Dayak Peringkat Sarawak 2024 yang diketuai Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU