ARTIKEL

Bahaya bah betina

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SEKALI air bah, sekali pantai berubah.

Sekali banjir melanda, air masuk rumah, keseluruhan isi di dalam rumah berubah.

Banjir suatu fenomena alam yang sentiasa melanda negara ini. Tiada awal tahun dan penghujung tahun di negara ini tanpa banjir.

Mesti ada. Hampir setiap tahun, terutamanya ketika musim tengkujuh, sebahagian besar negeri di negara ini tidak dapat lari daripada ancaman banjir besar.

Walaupun ia sekadar air pasang, hujan dan masuk ke rumah atau bangunan tetapi banjir tetap dianggap bencana dan berisiko meragut nyawa jika keadaan tidak terkawal.

Supaya lebih difahami, banjir satu kejadian disebabkan hujan berterusan sehingga menyebabkan peningkatan kuantiti air lebih besar atau air sungai melimpah ke tebing atau sebaliknya.

Semalam di kawasan rendah bandar raya Kuching berlaku banjir kilat dan beberapa wartawan kami menghantar gambar rumah mereka dinaiki air.

Ini membuat saya mengingatkan kembali pada Januari 2003 apabila berlaku banjir besar di bandar raya Kuching.

Itulah banjir pertama yang saya sendiri alami apabila rumah dinaiki air sehingga paras pinggang. Waktu itu, tiada media sosial seperti hari ini.

Jika ada, sudah pasti tular.

Justeru, apabila ada wartawan yang memohon diberi masa menghantar tugasan kerana menjaga rumah daripada terus dinaiki dan ‘dihanyutkan’ air, saya benarkan kerana memikirkan saya pernah berada di tempat mereka.

Saya juga menerima beberapa keping gambar daripada rakanrakan — beras dan gula mereka lebur dimakan air yang naik secara tiba-tiba.

Baca lain  Perkim perluas program bantu rakyat Palestin

Letih, lelah dan sentiasa basah sangat memberi tekanan.

Saya tidak boleh membayangkan perasaan keluarga yang beranak kecil terpaksa mengemas barang berharga, pada masa yang sama menjaga keselamatan anak.

Dulu ketika masih membuat liputan luar, saya pernas ditugaskan di Kampung Sinar Budi Batu Kawa.

Saya dan rakan meletakkan kenderaan jauh dari lokasi dan berjalan meredah air dalam masa 30 minit.

Ketika itu, saya akui masih menjadi wartawan hati tisu.

Hati agak luluh melihat keadaan, mendengar luahan hati mereka yang terkena banjir.

Pada masa itu juga, saya diberitahu rakan wartawan senior supaya jangan melontar soalan pelik.

Soalan pelik dimaksudnya — jangan tanya apakah perasaan mereka yang terkena banjir?

Ajaran itu melekat sampai sekarang dan inilah yang saya pesan selalu kepada wartawan kami.

Namun untuk sekian lama, ia berlaku sebelum Krismas tahun lalu selepas saya mendengar rekod video seorang wartawan untuk temu bual ibu bapa mangsa serangan buaya.

Soalannya lebih kurang begini: bagaimanakah perasaan puan selepas menerima khabar duka ini?

Ikut lojik, mana ada ibu bapa di dunia ini yang suka anaknya meninggal dunia.

Sama seperti mangsa banjir, tidak perlu soalan — bagaimanakah perasaan anda selepas rumah dinaiki air?

Walaupun soalan begini jarang berlaku, tetapi kadangkala dalam suasana lokasi yang tidak selesa, ia boleh berlaku.

Baca lain  Ibu segala pingat

Ada yang belum dua bulan terkena banjir kilat akhirnya dilanda banjir lagi.

Belum hilang rasa penat melakukan kerja mengemas pascabanjir, rumah kembali dinaiki air.

Banjir pula bukan perkara baharu di negara ini kerana apabila tiba musimnya, beberapa negeri di negara ini akan dilanda banjir besar.

Malaysia pernah dilanda banjir terburuk dalam sejarah pada pada Disember 1926 hingga Januari 1927.

Bencana yang berlaku akibat kejadian tanah runtuh di hulu sungai itu menyebabkan ia dirasai hampir seluruh penduduk Semenanjung Malaysia.

Ia juga dikenali sebagai Bah Ayer Merah.

Pada ketika itu, hujan lebat turun tanpa henti dalam beberapa hari hingga menyebabkan paras air sungai naik sehingga 80 kaki.

Manakala di Kelantan, banjir besar berlaku selama 10 hari bermula 26 Disember 1926 dan surut pada 8 Januari 1927.

Banjir berkenaan juga menyebabkan rumah ditenggelami air malah ada balai polis yang tenggelam dan tinggal bumbung sahaja kelihatan.

Menurut kepercayaan lama, bah ada dua jenis iaitu bah jantan dan bah betina.

Dikatakan bah betina lebih berbahaya dan mendatangkan lebih banyak kemusnahan berbanding bah jantan. Begitu juga dengan kejadian pada 5 Januari 1967.

Lebih 250,000 orang di kawasan bandar dan luar bandar direkodkan terjejas akibat banjir ini. Ia juga merupakan antara banjir terbesar di bahagian barat Malaysia.

Pada waktu itu, air naik sangat pantas sehingga amaran tidak sempat dikeluarkan di sesetengah kawasan.

Baca lain  Jalan tikus mudahkan penceroboh

Namun banjir terbesar negara berlaku pada 1971 sehingga menyebabkan pengisytiharkan Darurat Banjir Kebangsaan.

Pengisytiharaan tersebut dilakukan pada 5 Januari 1971 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak.

Dan, kini sesuai dengan peredaran waktu, pengurusan banjir semakin bersistematik.

Mangsa banjir akan segera dipindahkan ke pusat pemindahan sementara yang dilengkapi pasukan paramedik, makanan dan tempat tinggal di dewan.

Cuma kerajaan memikirkan soal keselamatan rakyat.

Biasanya, pasukan keselamatan akan membuat rondaan dan pemantauan.

Jika berlaku kemungkinan air naik terutamanya ketika tengah malam, mangsa banjir diingatkan untuk segera berpindah.

Perpindahan dengan meninggalkan rumah memang akan memberi kesan emosi kepada mangsa banjir.

Perasaan seperti terkejut, tekanan, kerisauan ketidaktentuan, sedih, kecewa pasti dialami mangsa banjir.

Namun kerajaan berterusan mengambil langkah proaktif bersepadu untuk mengurangkan risiko banjir dan menguruskan kesan buruk banjir secara berkesan termasuk memberi kaunseling kepada mangsa.

Kerajaan juga merangka sistem pengurusan bersepadu untuk menangani isu banjir.

Namun, menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab kepada kerajaan juga tidak wajar.

Rakyat mesti memberi kerjasama dengan lebih cakna dalam penjagaan dan pemuliharaan sistem saliran dan sistem pengurusan air bagi mengelak banjir kilat.

Justeru, tugas ini bukan tugas mudah, kerana perlu mengambil langkah proaktif semua pihal supaya kita mampu mengurangkan kesan lebih buruk banjir pada masa akan datang. 

BERITA LAIN

Langit terbuka

MELETUSNYA Semeru di Jawa Timur dua hari lepas melimpahkan lahar sejuk di persekitaran, membawa hujan dan banjir sekitar Lembangan Sungai Regoyo. Pemindahan melibatkan 32 keluarga sekadar

Kenangan raya terkurung, terkejut

JIKA ditanya mengenai tempoh paling menyeronokkan menyambut Hari Raya Aidilfitri, sudah pasti kebanyakan kita akan memilih zaman kanak-kanak. Apa tidaknya, ketika itu kita tidak perlu

Raya terakhir kami?

SEMALAM ibu sahabat saya pergi di depan mata. Saya di sana, saya melihat bagaimana anaknya cuba menyelamatkan ibu mereka hingga ke titik terakhir. Namun, apabila

Obesiti selepas raya

PASTI ada yang kembali buncit pada hari raya kesembilan (hari ini), malah ada yang lebih besar kebuncitannya. Ia berpunca daripada pengambilan makanan berlebihan sejak raya

Jangka hayat, kematian semakin dekat

ADAKAH anda bersedia untuk mati? Adakah anda bersedia untuk meninggalkan legasi? Sekurang-kurangnya mendidik atau mempersiapkan pengganti untuk syarikat, pertubuhan dan sebagainya, termasuk dalam urusan pentadbiran.

Rayakan sebulan

HARI ini hari ketujuh kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sik berasa, terutama bagi golongan muda. “Lom puas beraya, dah mula bersekolah.” Antara dialog yang kita

BERITA TERBARU

Komersialkan beras premium Ba’kelalan

LAWAS: Penjenamaan semula pembungkusan beras Adan bakal mengangkat nilai tanaman tradisional itu sebagai beras organik premium. Yang di-Pertua Dewan Negara, Senator Datuk Mutang Tagal, berkata

Doyoung NCT sah konsert solo pertama

PENYANYI, Kim Doyoung, 28 dari kumpulan NCT, bersedia mempamerkan persembahan solonya. SM Entertainment menerusi satu kenyataan memaklumkan, Doyoung bakal mengadakan konsert solo pertamanya selepas penerbitan

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang