ARTIKEL

Menteri Luar Bahrain, Abdullatif Rashid Al Zayani (kiri), dan Pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani (kanan), semalam mengadakan pertemuan dua hala di Tehran semasa lawatan Al Zayani ke Iran untuk menyertai Dialog Kerjasama Asia. - Foto: BNA

Bahrain, Iran setuju mulakan persiapan bagi rundingan untuk sambung semula hubungan dua hala

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DOHA, Qatar: Bahrain dan Iran telah bersetuju untuk memulakan persiapan bagi rundingan untuk menyambung semula hubungan dua hala selepas lapan tahun terhenti, Sputnik memetik satu kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini.

Menteri Luar Bahrain, Abdullatif Rashid Al Zayani, dan Pemangku Menteri Luar Iran, Ali Bagheri Kani, semalam mengadakan pertemuan dua hala di Tehran semasa lawatan Al Zayani ke Iran untuk menyertai Dialog Kerjasama Asia.

“Semasa pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mewujudkan mekanisme yang diperlukan bagi memulakan rundingan antara kedua-dua negara dan meneroka kemungkinan menyambung semula hubungan politik,” menurut kenyataan bersama oleh Kementerian Luar Iran dan Bahrain yang dipetik oleh Agensi Berita Bahrain.

Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran pada Januari 2016 selepas misi diplomatiknya di Iran diserang berikutan pelaksanaan hukuman mati ke atas ulama Syiah, Nimr al-Nimr.

Arab Saudi disertai oleh Bahrain, Sudan, Djibouti, Somalia dan Comoros manakala Emiriah Arab Bersatu menurunkan hubungan diplomatiknya dengan Iran, dan Kuwait memanggil balik dutanya.

Arab Saudi memulihkan hubungan dengan Iran pada September 2023 selepas perdamaian mereka diatur oleh China. – BERNAMA-SPUTNIK

BERITA LAIN

BERITA TERBARU