Baik pulih dan naik taraf jalan pesisir adalah kerja berterusan

SADONG JAYA: Pembaikan dan naik taraf jalan pesisir bukan gula-gula menjelang pilihan raya, kata Menteri Muda Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Julaihi Narawi.

Kata Julaihi, terdapat segelintir pihak berkata tinjauannya ke tapak projek menandakan pilihan raya sudah dekat.

Beliau menjelaskan kerja pembaikan dan naik taraf jalan pesisir adalah kerja yang berterusan yang telah dirancang oleh Kerajaan Sarawak.

“Saya ada membaca orang mengatakan ini adalah gula-gula. Tidak, ini adalah kerja yang berterusan.

“Ini adalah salah satu dari pakej baik pulih dan naik taraf jalan pesisir,” kata Julaihi pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Simpang Empat, Kampung Iboi, Sadong Jaya di sini hari ini.

Beliau turut menemani Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Ali Hassan ketika mengadakan lawatan ke tapak projek tersebut.

Suara Sarawak