Trending

Baiki segera jalan rosak dari simpang Bulat ke Jakar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SARIKEI: Kerosakan jalan dari simpang Bulat ke Jakar di sini perlu diperbaiki segera bagi keselamatan dan keselesaan orang ramai, tegas Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Menurutnya, kerosakan jalan di bawah tanggungjawab Pan Borneo itu bukan sahaja mengalami kerosakan teruk tetapi berlubang malah, sebahagiannya tenggelam.

Minggu lalu, Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei turun padang meninjau lokasi berkenaan dan menggesa supaya isu itu diselesaikan dengan segera.

Manakala semalam, beliau sekali lagi turun padang bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Pan Borneo Highway Sarawak untuk mengetahui perkembangan terkini projek berkenaan.

“Saya mendapati lebar simpang berhampiran Jalan Kim San kurang daripada 20 kaki sekali gus  tidak sesuai untuk keluar masuk kenderaan berat, menyukarkan pengguna untuk membelok ke kiri atau kanan,” katanya kepada media.

Menurutnya, kerja mengorek di kawasan simpang dan bahu jalan berhampiran kediaman juga menyebabkan kerosakan jalan sehingga menimbulkan rungutan dalam kalangan penduduk setempat.

“Saya berharap pihak yang berkaitan mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah ini, bagi saya yang penting ialah keselesaan rakyat dan keselamatan pengguna jalan raya. Saya juga tidak mahu sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Sehubungan itu, beliau juga berharap permasalahan yang dihadapi oleh penduduk dan pengguna jalan raya di kawasan Lebuhraya Pan Borneo Sarikei akan terus dipantau.

Menurutnya, setiap aduan dan masalah perlu diselesaikan secara rasional dan mengambil kira kepentingan dan keperluan pelbagai pihak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru