ARTIKEL

Saifuddin menandatangani plak sempena perasmian Baitul Muhabbah, Depot Imigresen Bekenu di sini hari ini.

Baitul Mahabbah Bekenu lebih kondusif

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Penubuhan Baitul Mahabbah Bekenu membuktikan keprihatinan kerajaan dengan komitmen Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam memastikan hak asasi serta kebajikan kanak-kanak warga asing terjaga.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, inisiatif penubuhan Baitul Mahabbah ini adalah selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang menerapkan teras ihsan terhadap golongan tersebut.

“Ketika penahanan warga asing dilakukan, sudah tentu mereka yang ditahan bukan sahaja penjaganya atau orang dewasa tetapi juga kanak-kanak, dan kita meletakkan mereka di depot imigresen.

“Namun, kami melihat sekiranya orang dewasa dan kanak-kanak ditempatkan sekali, tentulah keadaannya tidak kondusif.

“KDN melalui JIM tampil dengan idea bagi mengalihkan mereka ke premis yang lebih kondusif untuk kanak-kanak sama ada dengan atau tanpa penjaga,” katanya.

Saifuddin (tengah) ketika berucap pada sidang media yang diadakan hari ini.

Dedahnya, kejayaan KDN dalam menubuhkan pusat tersebut adalah dengan kerjasama dan sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta agensi lain.

“Kami menerima sokongan kuat daripada NGO dan perseorangan yang memberikan bantuan dalam bentuk sumbangan peralatan permainan dan buku untuk kanak-kanak,” ujarnya.

Bagaimanapun katanya, penempatan kanak-kanak tersebut adalah bersifat sementara sehingga urusan dokumentasi mereka dapat disiapkan bagi tujuan dihantar pulang ke negara asal.

Baitul Mahabbah di Depot Imigresen Bekenu ini merupakan yang ketiga selepas penubuhan yang pertama di Nilai, Negeri Sembilan pada 4 September tahun lalu, dan diikuti dengan di Papar, Sabah pada 15 Disember tahun yang sama.

BERITA LAIN

19 selamat, bas jatuh gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan

Pastikan sistem keselamatan berfungsi baik

MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Sarawak melancarkan Operasi Kuda Laut bermula semalam mengadakan operasi mengejut di beberapa premis di dalam dan

BERITA TERBARU

Pemansang asil nagih MA63

MIRI: Pemansang besai ti udah dijapai Sarawak kandang beberapa taun ke udah asil ari nagih hak di baruh Sempekat Malaysia 1963 (MA63). Kaban Kunsil Nengeri

Solar melepung HEP Batang Ai

BATANG AI: Projek ladang solar melepung diu Tekat Hidroelektrik (HEP) Batang Ai deka dikerembai, ngena 60 peratus ari 8,500 hektar pemesai tekat ai nya. Premier

19 selamat, bas jatuh gaung di Lahad Datu

LAHAD DATU: Sebuah bas ekspres yang membawa 19 orang termasuk dua pemandu dan seorang konduktor terbabas lalu terjatuh ke dalam gaung di Batu 9, Jalan