Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Bajet 2022 beri keutamaan rakyat luar bandar, kata Talib

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Datuk Talib Zulpilip

BINTULU: Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip menyifatkan Bajet 2022 memberi penekanan dalam menambah baik kesejahteraan penduduk luar bandar.

Beliau berkata, penekanan itu amat dialu-alukan berikutan kerajaan sedar terdapat perbezaan pembangunan antara bandar dan luar bandar.

“Penekanan terhadap bekalan elektrik, air, jalan raya serta perhubungan desa ini dianggap realistik dan prihatin kerana ia isu sebenar yang dihadapi oleh sebahagian penduduk luar bandar,” katanya ketika diminta mengulas mengenai Bajet 2022.

Tambah Talib lagi, Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaakub peka dengan keadaan di Sabah dan Sarawak dengan memberi peruntukan khas RM1.5 bilion untuk infrastruktur luar bandar.

“Mungkin ada yang mengatakan jumlah ini tidak mencukupi, namun ia masih boleh ditambah kelak.

“Bukan berpolitik, tapi ketika Pakatan Harapan (PH) berkuasa dahulu projek di Sarawak ditarik balik, jelas sekali berbeza dengan sekarang,” ujarnya lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk