Trending

Baju panas Puteri Diana dijual AS$1.14 juta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

LONDON: Baju panas Puteri Diana dijual pada harga AS$1.14 juta (£920,000) dalam satu acara lelongan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Baju merah yang dipakai Diana pada perlawanan polo pada Jun 1981 dan ketika itu baru bertunang, dijual pada harga AS$1,143,000 oleh Sotheby’s di New York, sekali gus mengatasi anggaran AS$50,000 hingga AS$80,000.

Baju itu yang memaparkan seekor kambing biri-biri hitam di antara barisan biri-biri putih, ditemukan oleh pereka Joanna Osborne di loteng pada Mac.

Pelelong tidak mendedahkan identiti pembida yang menang. Sotheby’s menyifatkan baju panas itu mempunyai motif biri-biri hitam dan putih yang aneh dan merupakan satu daripada rekaan pertama Sally Muir dan Joanna Osborne dari Warm and Wonderful knitwear yang ditubuhkan pada 1979.

Nota katalog The Sotheby’s menyatakan; “Dipakai oleh Diana Spencer pada 1981 semasa perlawanan polo Putera Charles.”

Padanan foto baju panas yang hilang itu dan ditemukan di loteng mengesahkan ia sebagai baju panas yang dipakai oleh Puteri Diana lebih 40 tahun lepas.

Pembidaan dalam talian dibuka pada 31 Ogos, ulang tahun ke-26 pemergian Diana dalam nahas kereta di Paris. – Bernama-dpa 

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru