Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Bakal cuit hati pendengar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
KUPIKUPIFM... Gideon Jute (dua kiri) bercakap tentang Kupi Kupi FM

KUCHING: Mahukan kelainan?

Mahu mendengar coleteh bahasa Sarawak?

Mahu dengar kisah inspirasi hero tidak didendang atau resipi menarik?

Bah, tekan frekuensi 92.5FM bagi KUPIKUPI FM Sarawak dan anda dijanjikan keseronokan tersendiri.

Pengurusnya, Gideon Jute berkata, rancangan radio yang bakal dirasmikan pada 9 Jun itu di pejabatnya di iCom Square Kuching mempunyai lima segmen yang lebih fokus kepada kehendak komuniti.

“Kita ada lima segmen iaitu segmen sarapan Sekoh Pagi bermula jam 6 hingga 10 pagi, 10 pagi hingga 1 petang segmen ‘Rona Roni’, 1 hingga 4 petang Kacak Tipot, 4 petang hingga 8 malam segmen Kupi Jem, dan 8 hingga 12 tengah malam Jungo Krem,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan ke pejabat Suara Sarawak di sini, semalam.

Gideon menambah, KUPIKUPI FM bertujuan memberi pendedahan usaha yang dilakukan oleh anak tempatan dalam pekerjaan diceburi yang memberi inspirasi kepada orang lain.

“Masyarakat kita selalu mempunyai stigma sendiri terhadap pekerjaan tertentu.

“Oleh itu, KUPIKUPI FM ingin mengubah pemikiran ini kerana setiap pekerjaan memberi sumbangan terhadap komuniti, hanya saja mereka kurang didedahkan kepada masyarakat luar,” katanya.

Baca lain  Dadah terus ke muka pintu

Gideon juga berkongsi keupayaan enam penyampai radio KUPIKUPI FM iaitu Ezmir Sadriq, Jalee, Wena, Maria, Leez, dan Abang Lan yang akan menghibur pendengar setiap hari. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru

Kenali sindrom Tourette

Menurut perkongsian KKM di Facebook, Sindrom Tourette melibatkan pergerakan berulang

Mayuh kaki, jari

NEW DELHI: Siku nembiak mit ti ada ba nengeri Uttar