ARTIKEL

Bakal laksana dasar perumahan holistik, pastikan rakyat mampu miliki kediaman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kerajaan Sarawak bakal melaksanakan dasar perumahan holistik yang mengambil kira keperluan semua lapisan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah dan di luar bandar.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya komited dalam usaha mencapai keterangkuman sosial dengan memastikan setiap rakyat di negeri ini mampu memiliki rumah kediaman

“Kerajaan Sarawak telah mengambil inisiatif dengan menyediakan pelbagai bentuk bantuan perumahan kepada golongan berpendapatan rendah seperti bantuan sewa, pembaikan dan pemilikan rumah.

“Antara bantuan yang disediakan adalah Skim Pembesaran dan Penempatan Semula Kampung, Program Pembaharuan Bandar, Skim Pinjaman Rumah Panjang, Program Rumah Spektra Permata, dan Projek Kecil Luar Bandar-Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-19, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat dengan menyediakan jaringan keselamatan sosial dan bantuan kebajikan bagi mencapai taraf hidup yang lebih baik.

“Kita memerlukan dasar bantuan sosial yang berkesan dan cekap dengan memberi tumpuan kepada golongan sasar.

“Justeru itu, adalah perlu bagi kita untuk memastikan rakyat terus produktif dan mengurangkan kebergantungan kepada subsidi dan bantuan kerajaan,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

SEDAR mahu belajar daripada GPS untuk majukan Sabah

KUCHING: Parti Sedar Rakyat (SEDAR) bersedia untuk mengadakan rundingan kerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Presidennya, Datuk Othman Abdillah berkata, usaha itu bagi memastikan Sedar

Cubaan tiga lelaki curi kereta gagal

KOTA SAMARAHAN: Cubaan tiga lelaki melarikan sebuah kereta di Taman Uni Garden gagal apabila diberkas polis selepas terbabas di Jalan Stutong, pada malam Selasa. Pemangku

Penularan kes denggi di Miri membimbangkan

MIRI: Penularan kes demam denggi di sekitar Miri kini semakin menimbulkan kebimbangan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lee Kim Shin. Menurutnya, setakat 24 Februari lalu

BERITA TERBARU