ARTIKEL

Bakat besar anak jati Simunjan dalam dunia seni

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SIMUNJAN: Pementasan Teater Muzikal: Merah Berdarah Di Puncak Ngeli di Padang Sentral Simunjan malam tadi mencetus impak yang cukup signifikan kepada dunia seni tempatan.

Tidak hanya kejayaan perjalanan pementasan cerita atau teater malah, adaptasi jalan cerita teater dihasilkan berjaya memperlihatkan sentuhan hebat barisan tenaga produksi yang terdiri daripada anak jati Simunjan secara keseluruhannya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris menzahir ucapan tahniah kepada barisan tenaga produksi mencakupi kesemua pelakon yang telah menjayakan persembahan teater berkenaan.

“Satu kebanggaan bagi kita masyarakat di Daerah Simunjan dengan pementasan teater yang julung kali diadakan.

“Apa yang lebih membanggakan kita ialah penghasilan teater ini oleh tenaga produksi keseluruhannya anak-anak jati Daerah Simunjan sendiri,” ujar beliau ketika berucap pada majlis tersebut.

Kejayaan ini memperlihatkan bahawa masyarakat Simunjan dari semua lapisan suku kaum berkebolehan dan mempunyai karisma cukup tinggi.

Dengan kata lain, beliau percaya bakat yang ada pada mereka dalam menghasilkan sebuah cerita mampu untuk menempa nama serta menggegar pentas dunia seni yang lebih berprestij

LAIN-LAIN BERITA

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.

BERITA TERBARU