Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Bakong FC juara futsal 12 tahun ke bawah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
PASUKAN BAKONG FC bergelar juara Pertandingan Futsal 12 Tahun Ke Bawah Piala Pusingan Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis di Simanggang, hari ini.
PASUKAN BAKONG FC bergelar juara Pertandingan Futsal 12 Tahun Ke Bawah Piala Pusingan Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis di Simanggang, hari ini.

PASUKAN Bakong FC muncul juara Pertandingan Futsal 12 Tahun Ke Bawah Piala Pusingan Adun Simanggang Datuk Francis Harden Hollis yang berlangsung di Gelanggang Futsal RPR Fasa Dua, Taman Sentosa Indah, hari ini.

Kejohanan selama dua hari anjuran Jawatankuasa Pengurusan Gelanggang Futsal RPR Taman Sentosa Indah itu turut menyaksikan SK Sri Aman A dinobatkan sebagai naib juara.

Sementara, Amal Kuching dan SK Sri Aman C masing-masing bergelar pemenang tempat ketiga dan keempat.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Pembangunan Bakat Jilin Itar.

Sebanyak sembilan pasukan di sekitar Bahagian Sri Aman menyertai pertandingan tersebut yang menawarkan piala pusingan, piala iringan dan medal.

Antaranya Amal Kuching, Lela FC, Sahara, Mamak ZZ FT, SK Sri Aman A, B dan C serta Bakong FC dan Daruma FC.

Pertandingan merupakan aktiviti tahunan jawatan pengurusan gelanggang bagi mencungkil bakat remaja berumur 12 tahun ke bawah.

Ia juga sebagai aktiviti berfaedah bagi menghindarkan belia daripada terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

Baca lain  Waspada penyamar polis

Selain, pertandingan ini untuk membudayakan aktiviti sukan sebagai gaya hidup sihat.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Sambar emas ketiga

JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang merangkul pingat

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru

POHON KEHIDUPAN

ADI BADIOZAMAN TUAH Demikianlah pohon ini mengajar erti sebuah kehidupan