ARTIKEL

PERBAIKI KELEMAHAN...Balachandran (kanan) memberitahu sesuatu kepada anak-anak buahnya.

Bala terus perkemas semua posisi skuad Machan FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua jurulatih Machan FC, S Balachandran akan mengguna tempoh rehat yang ada bagi memperkemas semua posisi dalam pasukannya.

Usaha ke arah itu menjadi fokus utama Balachandran sebagai persiapan untuk aksi kedua kempen Liga A1 Semi-Pro 2024 menentang Imigresen FC di Stadium UKM Bangi pada 22 Jun ini.

“Saya akan gunakan tempoh rehat yang ada untuk memperkemas segenap posisi dalam pasukan.

“Usaha ke arah perlu melihat kepada aksi ditampilkan pemain pada perlawanan pertama menentang Manjung City FC hujung minggu lalu,” ujar Bala kepada Arena Suara Sarawak.

Kegagalan jentera serangan menjaringkan gol yang menyaksikan Machan FC tewas (1-0) pada perlawanan tersebut dalam keadaan pentas saingan dikuasai mereka terutama di babak kedua.

Justeru kata Bala, masalah tersebut menjadi fokus beliau pada sesi latihan pemainnya ketika ini.

Sekali gus, tidak mahu perkara yang sama akan akan terus berulang untuk aksi kedua menentang juara musim lepas (Imigresen FC).

Dalam perkembangan sama, Bala yakin anak-anak buahnya bangkit untuk mencipta keputusan positif untuk perlawanan itu kelak.

Walaupun pada hakikatnya tegas Bala, tugas berat menanti barisan pemainnya akan tetapi segalanya tidak mustahil untuk direalisasikan.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim, menjejakkan kaki buat

BERITA TERBARU