Balai Bomba Sibu Jaya RM5.8 juta 

SIBU: Balai Bomba Sibu Jaya yang baharu merupakan balai kategori C yang bernilai RM5.8 juta. 

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, penubuhan balai bomba baharu itu sebahagian usaha bomba supaya lebih berkesan ketika berdepan situasi cemas di Sibu Jaya. 

Katanya, stesen itu dilengkapi kemudahan ruang jentera, padang kawad, pejabat pentadbiran,

stor logistik dan kemudahan lain berkaitan. 

“Saya yakin bomba di Sibu Jaya dapat memenuhi keperluan masyarakat setempat di sini dan lebih bersedia ketika menghadapi sebarang kecemasan serta bencana di Sibu Jaya,” ujarnya. Hamdan berkata demikian ketika berucap aluan pada Majlis Perasmian Balai Bomba Sibu Jaya di sini, hari ini (Sabtu). 

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 11 April 2021

 

Suara Sarawak